1. Prolog Syarikat

 Hai-O Marketing Sdn Bhd merupakan anak syarikat yang disokong 100% oleh Hai-O Enterprise Bhd.  Sejak penubuhan Hai-O Enterprise pada tahun 1975, syarikat ini menjalankan perniagaan perubatan tradisional China dengan berlandaskan konsep, “Produk berkualiti dengan harga berpatutan” dan sentiasa melakukan kerja amal.

Pada tahun 1996, Hai-O Enterprise melangkah ke era baru setelah berjaya disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia), dan mengekalkan rekod gemilang dengan mengagihkan dividen setiap tahun. Pada masa yang sama, ia juga merupakan syarikat pertama dan satu-satunya syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia melalui penjualan produk penjagaan kesihatan tradisional. Pada tahun 2007, Hai-O telah disenaraikan ke Papan Utama BSKL dimana secara langsung membuktikan kekuatan dan kehebatan syarikat ini.
Perniagaan Kumpulan Hai-O termasuk pemborongan, pengimportan, peruncitan, jualan langsung, farmaseutikal dan klinik perubatan tradisional. Dalam masa 33 tahun ini, Hai-O berjaya menubuhkan rangkaian jualan dengan strategi pemasaran yang kukuh.

Sejak penubuhan Hai-O Marketing pada bulan September 1992, syarikat ini terus berkembang dan menjadi sebuah syarikat jualan langsung yang unggul di Malaysia.

Atas pencapaian yang terserlah, Hai-O Marketing dipilih sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung yang unggul daripada sepuluh buah syarikat jualan langsung di Malaysia. Di samping meraih gelaran “Syarikat yang Paling Menakjubkan”, “Syarikat Jualan Langsung yang Berkembang Paling Cepat” dan “Syarikat yang Paling Stabil”.

 

 

2 Comments »

  1. ummi_2009 said,

    syarikat dah hebat tapi kenapa masih ada lagi yang pertikaikan?

    • sampanpecah said,

      sepanjang saya terlibat dengan hai-o tiada siapa yang mempertikaikan akan kejayaan atau ketelusan syarikt ini. apa bila saya berjumpa org tidak ada org menumbuk atau mencaci saya kerana saya memperkenalkan mereka kepada hai-o, malah mereka berterima kasih kerana membuka mereka peluang, mempelruhatkan jalan utk berjaya, mungkin ada yg pertikai tapi mungkin mereka tidak berjumpa dengan org yang betul2 arif dengan plan kumpulan dan sistem syarikat… syarikat hai-o dan syarikat2 lain yang mengamalkan MLM adalah sama… sistemnya. untuk menjadi ahli just bayar rm30(hai-o) contohnya. da jadi pengedar dalam hai-o. tapi plan kumpulan yang menjananya itu yang menyumbang kepada kejayaan mereka untuk menjadi usahawan.


Leave a comment