April 12, 2010

Bagaimana untuk anda bermula???

Posted in Uncategorized at 12:04 pm by sampanpecah

Hai-o  adalah sebuah syarikat yang telah lama bertapak di Malaysia, sejak 1963 lagi syarikat ini telah berkembang pesat mengeluarkan ramai usahawan melayu bumiputera. Sebelum memulakan perniagaan selalunya org yang ingin berjaya dalam sesuatu perniagaan akan melihat cara dan skill bagaimana untuk menjalankan perniagaan. Walaupun kita lihat rakan sponsor kita boleh maju, kita tidak semestinya mengikut jejaknya semata2 melihat beliau maju dan kita boleh ikutinya tanpa kita tahu cara untuk melakukannya. Sebab itu ada dikalangan orang melayu yang ingin berjaya telah tertipu dan merasa ditipu oleh MLM semata-mata kerana mereka telah joint sesuatu bisness itu tanpa tahu macam mana yg ingin mereka lakukan dan disebabkan itu mereka gagal untuk mendapat ganjaran yang disediakan oleh syarikat…. Para usahawan sebelum memulakan perniagaan seharusnya tahu cara untuk menjalankan perniagaan. Strategi2 yang disusun oleh rakan kongsi kadang kala tidak sama /sesuai dengan persekitaran. Oleh itu para usahawan harus kreatif untuk tujuan itu.

MLM juga adalah satu perniagaan yang melahirkan usahawan-usahawan melayu yang boleh setanding dengan usahawan cina. Cuba bayangkan jika akta jualan langsung tidak diperkenalkan. Setiap orang yang ingin berniaga, perlu mempunyai kedai tersendiri dan memakan modal yang besar, dan sudah tentu peluang ini hanya dapat dirasai oleh kebanyakan bangsa asing. Inilah peluang bagi orang melayu untuk berkembang pesat membuka empayarnya sendiri. Jangan melihat rakan kongsi yang menaja kita diatas, tapi lihat kita sebagai ‘BOSS’, bagaimana kita hendak mengembangkan perniagaan kita. MLM ialah perniagaan yang tidak perlu mempunyai ‘syarikat sendiri’, tidak perlu mempunyai modal yang besar, hanya bermodalkan strategi dan kepercayaan, sentiasalah berkata benar insyaAllah, apabila anda percaya antara satu sama lain, anda akan dapat meluaskan empayar anda. Disini saya terangkan sedikit sebanyak bagaimana cara untuk kita menjana pendapatan berterusan.

Terdapat 2 cara hendak memulakan Perniagaan ini iaitu :

1. Menjadi Pengedar

2. Menjadi Usahawan
Menjadi Pengedar

Yuran keahlian ialah RM30 sahaja setahun. Modal adalah sendiri. Maksudnya anda hendaklah mengeluarkan modal sendiri. Tetapi jika ada pembeli yang terus memberi tunai produk Bio Aura atau produk lain anda bermakna anda tidak perlu pusingan modal. Ini terpulang kepada anda macam mana menguruskan perniagaan anda. Jika anda dapat menjual 10 Units Produk Bio Aura anda layak naik pangkat Sales Manager. Untuk mencapai pangkat tertinggi di dalam sistem pemasaran Hai-O anda mungkin memerlukan 5 tahun lebih. KENAPA lambat naik pangkat Crown Diamond Manager? SEBABNYA ialah cara ini ialah cara Tradisional di dalam Perniagaan Multi Level. Cara ini di panggil Fokus kepada menjual Produk dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Walaupun tempoh tersebut panjang tetapi jika anda mempunyai strategi dan sentiasa datang kelas bimbingan, seminar, business Talk, latihan dan sebagainya yang di ajurkan oleh Hai-O mungkin anda boleh naik Pangkat Crown Diamond Manager di dalam masa 2-3 tahun. Semuanya terpulang kepada anda macam mana anda menguruskan dan mengambil peluang yang ada. Tidak semestinya anda bermula daripada pengedar anda tidak layak dan tidak boleh mencapai pangkat tertinggi. Jika anda mahu berjaya kami sentiasa bersama anda untuk menjayakan anda. Sebabnya di dalam perniagaan ini kita bukan mencari orang semata-mata, kita lebih fokus kepada menjayakan rakan niaga. Sebab itu untuk menjadi Usahawan Berjaya di dalam Hai-O, 4 orang rakan niaga sahaja diperlukan pada permulaannya. Sebab 4 orang rakan niaga tadi sudah cukup untuk anda menjadi Crown Diamond Manager.

Untuk terus mendapatkan pendapatan yang lumayan anda hendaklah menaja orang baru menjadi ahli. Kita bukan sahaja membina kerjaya kita tapi kita membina satu empayar yang terdiri daripada usahawan-usahawan dermawan, insyaAllah.
Menjadi Usahawan

Yuran keahlian ialah RM30 sahaja setahun. Modal sama ada sendiri atau bantuan Modal. Maksudnya anda boleh mengeluarkan modal sendiri selepas memahami peluang di dalam perniagaan ini atau anda boleh mendapat bantuan modal. Bantuan Modal ialah daripada Panel-Panel bank tempatan dan Koperasi. Hai-O ada menjalinkan hubungan dengan panel-panel bank dan koperasi untuk membolehkan Usahwannya mendapat bantuan modal bagi memulakan perniagaan ini. Di dalam mana-mana perniagaan memang memerlukan modal cuma besar atau kecil modal tersebut terpulang kepada jenis pakej yang anda ambil di dalam Hai-O. Misalnya jika anda mengambil 10 units Penapis Air Bio aura pada bulan depan anda akan dapat RM4600. Ini ialah pendapatan pertama anda dapat daripada Hai-O, walaupun penapis Air Bio Aura tadi, anda tidak jual lagi kepada pelanggan. Seandainya jika anda jual kesemua 10 units penapis Air Bio Aura tadi anda akan dapat balik modal anda di dalam masa sebulan. Hai-O tiada paksaan sama ada anda jual penapis air tadi setiap seunit sebulan kesemua keuntungan daripada penapis air tadi adalah milik anda sebabnya 10 units penapis air itu adalah aset anda.

Tetapi macam mana hendak mendapatkan 10 units Penapis Air Bio Aura ini? Di sinilah bermulanya bantuan modal kepada Usahawan. Jika anda layak mendapat bantuan modal maka anda boleh terus membeli 10 units Penapis Air Bio Aura daripada Hai-O. Bebanan 10 units atau lebih Penapis Air Bio Aura ini adalah sekali seumur hidup. Maksudnya jika 10 units atau lebih Penapis Air Bio Aura ini habis di jual maka anda tidak perlu hendak mengambil sebanyak itu lagi. Jika anda hendak menambah lagi Penapis Air Bio Aura ini kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan itu terpulang kepada Usahawan. Sebab itu saya suka perniagaan ini kerana ia lebih mengutamakan pelanggan dan keselesaan pelanggan.

Bila anda mengambil Pakej Usahawan terdapat 2 SUMBER PENDAPATAN iaitu :

1. Penapis Air Bio Aura

Setelah 10 Units atau lebih Penapis Air Bio Aura ini habis di jual maka anda akan terus dapat balik modal perniagaan anda. Andainya jika pelanggan anda tidak mampu membayar secara tunai untuk seunit Penapis Air Bio Aura tersebut anda boleh menyuruh pelanggan anda membayar secara ansuran setiap bulan tanpa kadar faedah. Misalnya jika ansuran setiap bulan RM100 dan tempoh pembayaran selama 20 bulan maka selama 20 bulan iaitu setiap bulan anda akan dapat RM1000. Pendapatan ini juga sudah cukup untuk anda mambayar balik bantuan modal yang anda dapat tadi. Misalnya bantuan modal tadi anda harus membayar balik kepada bank atau koperasi iaitu RM250-Rm300 sebulan maka duit daripada jualan Penapis Air Bio Aura yang di bayar pelanggan tadi sudah cukup untuk anda membayar kepada bank atau koperasi. Malah selebihnya duit tersebut boleh di gunakan untuk keperluan lain.
2. Menaja Orang Baru

Melalui penajaan orang baru yang mengambil pakej Usahawan ini merupakan pendapatan yang berterusan. Komisyen yang anda dapat mengikut pangkat anda. Pendapatan daripada menaja orang baru ini, Hai-O akan mengeluarkan penyata pendapatan anda setiap bulan. Penajaan orang baru ini tidak semestinya secara terus daripada anda. Asalkan penajaan orang baru di dalam kumpulan anda, anda mungkin layak mendapat komisyen. Kelayakkan komisyen ini terpulang kepada syarat yang di kenakan oleh hai-O. Kekadang mungkin anda dapat komisyen kekadang mungkin tidak. Semuanya terpulang kepada Pangkat yang anda dapat pada masa tersebut. Jika anda menaja orang baru terus daripada anda barulah anda layak mendapat komisyen. Kelayakan yang saya maksudkan tadi jika orang baru tersebut masuk di bawah rakan niaga anda. Sebab itu sistem pemasaran Hai-O sangat adil dan berpatutan. Ia tidak mengamalkan sistem Piramid yang biasa di perkatakan.
Cara penajaan orang baru dengan pakej Usahawan ini di panggil Pakej Usahawan dan ini merupakan cara yang paling efisen di dalam sistem pemasaran Hai-O. Melalui cara ini anda boleh mencapai pangkat Crown Diamond Manager di dalam masa 1 tahun atau 2 tahun. Paling cepat ialah 4 bulan. Kenapa saya kata 4 Bulan. Sebabnya sudah ada Usahawan Hai-O membuktikannya. Beliau cuma seorang guru biasa dan telah berjaya menjadi Crown Diamond Manager dalam masa 4 Bulan. Seorang guru juga telah berjaya membuktikannya melalui Pakej Usahawan ini menjadi Crown Diamond Manager hanya mengambil masa 4 bulan setengah.

Untuk berjaya di dalam perniagaan ini semuanya terpulang kepada anda. Macam mana anda menguruskan dan mengambil peluang yang ada semuanya akan di bimbing dan akan di ajar. Anda tidak akan di biarkan memikul tanggungjawab seorang-sorang. Sebab konsep di dalam Hai-O ialah “Menjayakan Rakan Niaga” bukannya mencari orang. Jika anda mahu berjaya kami sentiasa bersama anda untuk menjayakan anda. Sebabnya di dalam perniagaan ini kita bukan mencari orang semata-mata, kita lebih fokus kepada menjayakan rakan niaga. Sebab itu untuk menjadi Usahawan Berjaya di dalam Hai-O, 4 orang rakan niaga sahaja diperlukan pada permulaannya. Sebab 4 orang rakan niaga tadi sudah cukup untuk anda menjadi Crown Diamond Manager.

Pakej pelancongan Umrah / Switzerland

Posted in Berita Terkini at 11:35 am by sampanpecah

Usahawan Hai-O yang layak boleh melancong setahun 3 kali. Umrah akan di buat setiap tahun memandangkan sambutannya sangat menggalakkan. Pada tahun 2010 Hai-O sekali lagi membuka peluang kepada Usahawannya untuk merebut peluang Melancong ke Switzerland dan Umrah. Peluang ini di buka pada bulan Januari hingga April. Kepada sesiapa sahaja yang berminat anda digalakkan untuk menyertai Hai-O 369 dan mendaftarlah sekarang. Segala Proces mendaftar dan peluang perniagaan telah di nyatakan seperti yang sebelumnya.

Anda hanya memerlukan 94 Units Bio-Aura selama 4 bulan secara berkumpulan. Jika layak anda akan mendapat 1 atau lebih tiket melancong secara PERCUMA.

Bagi yang beragama Islam, Hai-O akan menawarkan tiket PERCUMA untuk UMRAH setiap tahun. Anda yang beragama Islam amat dialu-alukan menyertai Perniagaan ini kerana sambil berniaga anda dapat menunaikan kewajipan untuk pergi Umrah.

Sehingga 25 april ini, hai-o menawarkan pakej perlancongan kepada sesiapa yang telah mengumpulkan mata insentif bagi kumpulan peribadi sebanyak 18,000 mata (9 unit bio aura / beutiful) sahaja sudah dapat satu tiket ke umrah / switzerland… mudahkan… jangan tunggu lama2… kejayaan bersama org2 yang positif…

Bersama kita meningkatkan prestasi hidup kita

Posted in Uncategorized at 11:26 am by sampanpecah

Jika anda berhasrat untuk membeli penapis air Bio Aura atau anda ingin menjadi rakan kongsi saya dan menjalankan bisnes ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Jika anda ingin beli Bio Aura (Harga RM2,080.00) -tiada caj penghantaran
Sila taipkan email:

BELI BIO AURA
NAMA ANDA
ALAMAT LENGKAP ANDA
NO TELEFON ANDA

2. Jika anda ingin jadi rakan kongsi
Sila taipkan email:

JADI RAKAN KONGSI (Johor & Singapura)
NAMA PENUH ANDA
ALAMAT LENGKAP ANDA
NO TELEFON ANDA

Kemudian hantarkan email anda ke studentlife@hotmail.com
Saya akan menghubungi anda secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.

ATAU

Anda boleh menghubungi terus ke h/phone saya 017-7781152.

TEKNIK UNTUK BERJAYA DALAM MLM

Posted in Tip Kejayaan at 11:21 am by sampanpecah

TEKNIK BERKESAN UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG (MULTI-LEVEL MARKETING)

Sekapur Sirih Seulas Pinang Untuk mendapat paparan yang lebih baik adalah dinasihatkan supaya Saudara/i Print semua artikel ini.

Saudara/Saudari Para Usahawan MLM,

MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia. Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini.Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun.Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.

Namun demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula?Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab.

Sebenarnya, punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual,teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain.Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain.

Tanyalah kepada Puan Saadah Badrus dan suaminya, Encik Anis Kassan (JUTAWAN REVELL), Mejar Mohan dan isterinya, Elizabeth (COSWAY), Encik Zulkiflie Md Sohor (HAI-O MARKETING), Tuan Haji Mohd Roslan Ghazali(SHAKLEE), Encik Rahim Mat Hassan (SMC INTERNATIONAL(SUNSKY)), Tuan Shikh Ibrahim Shikh A. Hanam(ZHULIAN), Encik Hamid Darus (ELKEN), Encik IsmailMontak (M-PLAN), Encik Safingi Sarikin (LION BEST),(INTAN JUTAWAN CNI) Roslan Basir, ( INTAN JUTAWAN CNI)Wak Ramlan, ( INTAN JUTAWAN CNI)Murad Basir dan Tuan Haji Mohd Ridzwan Ahmad (CONY BIO). Itu adalah senarai pendek usahawan MLM yang telah berjaya. Mereka seperti anda juga. Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga.

Tanpa teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung. Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi.Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi belum teruji berjaya.Bacalah Panduan Lengkap Bagaimana Menjadi Usahawan MLM Yang Berjaya.Rencana panduan ini merupakan hasil kajian menyeluruh penulis tentang kegagalan dan kejayaan usahawan jualan langsung dalam MLM ini.Teknik dan kaedah yang dicatat di dalam rencana ini telah terbukti berjaya dan menjadi amalan Juara-Juara Jualan Langsung. Bacalah dengan tenang dan setelah anda menghayati kandungan rencana ini jangan lupa mengunjungi laman penaja kami yang terpapar pada banner atau link-link tertentu.Rencana panduan ini ditulis dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh sesiapa juga yang berkecimpung dalam industri jualan langsung ini. Jadikan panduan di dalam rencana ini sebagai pemangkin kejayaan anda dalam perniagaan ini.

MULTI-LEVEL MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah untuk berjaya dalam sekelip mata. Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:

* Modal asas yang paling minimum/kecil Memiliki”pasaraya” sendiri Memiliki “pekerja” sendiri. * Berupaya menentukan berapakah pendapatan (bonus) yang diingini setiap bulan.
* Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
* Berpeluang bertemu dengan pelanggan dan pengedarbaru.
* Berpeluang menjadi leader dan orang yang dihormatioleh pengedar-pengedar lain.
* Peluang untuk menjadi senang dan kaya-raya.

Jika anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi gagal. Kata-kata nakal seperti “Mana boleh kaya jual sabun”,”Masuk jualan langsung, kasi kaya upline saja”,”Jualan Langsung di Barat boleh kayalah,di Malaysia? pirah…”, dan bermacam-macam lagi sering kita dengar.Kata-kata ini bukan sahaja daripada orang lain, bahkan daripada ahli keluarga sendiri termasuk isteri. Terdapat kes yang isteri menyediakan tikar, bantal,dan selimut di luar pintu kerana suaminya balik lewat daripada membuat tajaan. Ada kes yang isteri seorang pengedar yang membuat panggilan memaki hamun upline kerana membawa suaminya keluar membuat jualan dan tajaan. Semua ini merupakan asam garam dalam jualan langsung. Semuanya dilakukan oleh mereka yang mengenali MLM hanya daripada kulit atau luarannya sahaja. Mereka tidak mengenali isinya. Hanya setelah anda berjaya, barulah mereka buka mata.

Anda juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magic – hari ini menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga, komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA MLM telah pun terlibat dalam perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan “resipi kejayaan”, barulah mereka berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Anda tidak boleh”dam” atau membeli barangan edaran anda dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini membunuh diri namanya.

Anda juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi – membuang masa untuk memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya – hanya mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor.Fahamilah kandungan rencana ini, praktikkan, dan sentiasa konsisten dalam kerja anda. Anda akan berjaya, Insya Allah. Setiap Kejayaan Bermula Dengan Satu Kegagalan !

Gagal atau Berjaya Dalam MLM ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda meyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.

Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya.Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi, dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan lebih bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal, anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti “tidak boleh” menjadi penyebab anda gagal.

Mengapa tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan tradisi, apabila malam ada hantu.

Orang Malaysia – anda sendiri – sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini. Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi pegangan anda – Saya Boleh Berjaya!

Hari ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di Malaysia sudah mendapat saingan daripada syarikat MLM yang diasaskan diMalaysia dan oleh orang Malaysia sendiri. Inilah bukti bahawa orang Malaysia – ANDA – boleh berjaya melakukannya.”Percaya Boleh Berjaya” merupakan rukun pertama kejayaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan setelah anda mendaftarkan diri sebagai pengedar ialah menanam kepercayaan boleh berjaya ini. Ini merupakan senjata paling ampuh yang dapat memecahkan apa-apa sahaja tembok diri biarpun yang dibina daripada besi keluli. Anda mesti percaya bahawa anda seperti orang lain boleh berjaya dalam perniagaanMLM ini.

9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah perniagaan jualan langsung. Kaum Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dalam perniagaan. Anggapan”Lihat dulu baru percaya” sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh “Percaya dan buat dulu, akan ada hasilnya”. Jangan bazirkan masa, wang, dan tenaga anda hanya semata-mata anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya anda TIDAK menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda sudah pun menyimpan kepercayaan “Tidak Boleh Berjaya”. Mulakan langkah pertama ini dengan”Saya Akan Berjaya!” Bertindaklah Sekarang Sebelum Hayat Melayang!

Ramai orang yang menyertai jualan langsung tidak”mencipta semula diri mereka”. Apakah maksudnya? Manusia mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam itu ialah ego di dalam diri. Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja yang baik atau betul. Mereka tidakmahu menerima teguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang ego anda. Anda mesti bersedia menerima teguran dan tunjuk ajar biar pun yang memberikan teguran atau tunjuk ajar itu adalah orang yang lebih muda daripada anda. Inilah yang dikatakan”cipta semula (recreate)”.

Jangan tutup hati dan telinga anda daripada menerima sesuatu yang baik demi memajukan perniagaan anda.Anggapan bahawa anda lebih pandai atau sudah pandai perlu anda kikis. Anda mesti bersedia diberi tunjukajar dan bersedia untuk belajar. Ilmu perniagaan ini tidak terbatas. Anda mungkin tidak mengetahui semua perkara mengenai MLM tetapi orang yang memberi anda tunjuk ajar itu mempunyai pengetahuan tentang perkara yang tidak anda ketahui. Anda mesti bersedia untuk terus belajar. Ilmu perniagaan jualan langsung yang anda pelajari hari ini tidak akan relevan lagi pada4-5 tahun akan datang. Jadi, anda mesti memperuntukkan masa pada setiap hari untuk belajar ilmu perniagaan MLM yang baru sama ada melalui pergaulan dengan orang lain, seminar, rally, konvensyen, atau membacanya daripada buku-buku dan majalah yang berkaitan.

Anda juga jangan kedekut mengajar orang lain,khususnya pengedar baru yang menjadi downline anda.Anda mesti mencurahkan segala pengetahuan yang adapada anda untuk mereka. Jika mereka berjaya menyerap segala pengetahuan anda dan mempraktikkannya, anda akan lebih segera berjaya. Downline anda bukan ditaja untuk ditinggalkan tetapi sangat dahaga akan tunjukajar anda. Ajarlah mereka agar mereka berjaya juga.Mereka berjaya, anda akan berjaya juga.

Anda jangan sekali-kali percaya bahawa hanya syarikat MLM tertentu sahaja yang akan menjanjikan kejayaan mutlak. Semua syarikat MLM adalah sama. Walaupun pelan pemasarannya berbeza tetapi matlamatnya adalah sama.Kejayaan bukan terletak pada apa nama syarikat MLM itu tetapi kejayaan terletak pada apa yang anda lakukan.Satu perkara yang mesti anda ingat sentiasa dan mesti anda hebahkan kepada downline anda ialah Perniagaan MLM menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas untuk cepat kaya.

Menjadi kaya dan menjadi cepat kaya adalah berbeza.Menjadi kaya adalah benar tetapi menjadi cepat kayaa dalah hampir mustahil. Tidak ada sesiapa pun yang telah menjadi cepat kaya dalam industri ini. Yang ada hanyalah yang menjadi kaya setelah bertahun-tahun menjadi pengedar.

Sebagai perbandingan dan contoh, Puan Saadah Badrus yang menjadi pengedar REVELL dan kini dianggap sebagai salah seorang jutawan dalam industri ini di Malaysia hanya menjadi kaya setelah 4 tahun bersama syarikat ini setelah gagal mencapai impian beliau bersama 13 buah syarikat MLM lain sebelumnya.

Jangan percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya, tajalah prospek sebanyak mungkin.Anggapan ini adalah songsang. Tidak ada gunanya, anda menaja sehingga beratus-ratus orang ahli baru, tetapi mereka tidak aktif atau anda sendiri tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka.

Yang penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini ialah organisasi yang kuat dan aktif biar pun dianggotai hanya oleh puluhan orang sahaja.Mungkin anda masih ingat akan kata-kata hikmat Soekarno : Berikan aku tujuh orang pemuda, nescaya gunung akan aku ratakan. Ini bererti kuantiti ahli bukan prasyarat untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan ini bergantung sepenuhnya pada kualiti yang ada pada ahli. Seperti Soekarno, beliau meminta 7orang pemuda, bukannya 700 orang tua!

Jika selama ini anda tergolong di kalangan orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain, maka anda haruslah mengubah sikap ini. Dalam MLM,anda mesti bergaul dengan orang lain. Dengan bergaul, anda boleh membuat jualan, membuat penajaan, dan yang terpenting, anda akan memperoleh pengetahuan baru untuk memajukan perniagaan anda.

Masalah adalah asam garam dalam MLM. Semua pengedar MLM ada masalah. Tetapi, anda MESTI menganggap masalahitu sebagai cabaran. Seperti masalah yang mesti diatasi, cabaran juga mesti anda harungi. Setelah cabaran itu dapat anda atasi, maka di hadapan akan terbentang jalan lurus menuju kejayaan. Orang yang takut menghadapi cabaran tidak akan berjaya. Jangan berumah di tepi pantai jika anda takut akan ombak yang melanda. Jangan berniaga, jika anda takut rugi atau gagal.

Jika anda takut, anda mesti menghapuskan perasaantakut itu dengan menemui paling kurang 10 orangpelanggan setiap hari. Saya jamin bahawasetelah andamenemui seorang pelanggan yang mahu membeli barangananda, perasaan takut itu akan bertukar menjadiseronok. Kadang-kadang,ada orang yang takutmenghampiri rumah kosong kerana sudah ada perasaantakut sebelum memasuki rumah itu. Orang begini perlumasuk sekali saja ke dalam rumah kosong itu, nescayaakan hilanglah perasaan takutnya terhadap rumah itu.Anda hanya perlu menemui seorang pelanggan atauseorang prospek baru sahaja untuk menghapuskanperasaan takut yang tidak berasas itu.Terdapatbeberapa andaian awal yang negatif yang sentiasabermain-main dalam fikiran pengedar baru, iaitu:

* Menjual barangan MLM adalah sukar
* Belum tentu prospek ingin menjadi ahli
* Leceh membuat susulan selepas jualan pertama (servispelanggan)
* Tidak ada masa lapang untuk berniaga
* Sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini
* Mampukah saya memimpin downline saya?
* Jualan Minima Bulanan (maintain) amat tinggi
* Masuk jualan langsung untuk memperkaya upline

Adalah silap jika anda beranggapan bahawa menjual barangan edaran anda, anda mesti pergi dari sebuahrumah ke sebuah rumah sambil mengetuk pintu rumahpelanggan. Anda tidak perlu berbuat demikian. Andaperlu membuat jualan kepada diri anda dahulu. Andamesti mencuba barangan itu untuk menikmatikeberkesanannya. Jika anda tidak menggunakannya(menjual kepada diri anda), bagaimana anda hendakmenerangkan kebaikan produk anda kepada pelanggananda? Setelah anda telah mengetahui kebaikan produkitu sendiri, perkenalkanlah (to intoduce) (BUKANMENJUAL!) atau berkongsilah (to sharing) kepada orangyang paling rapat dengan anda seperti adik-beradik anda dan kawan rapat anda.

Percayalah, jika bilangan mereka 10 orang, anda akansecara automatik akan mendapat 10 orang pelanggan barukelak kerana sudah menjadi resam manusia, seorangmanusia akan mempunyai kenalan yang lain. Dengan ini,pelanggan anda akan bercambah tanpa anda sedari sedangkan anda hanya memperkenalkan barangan anda hanya kepada orang yang paling rapat dengan anda.

Jangan memulakan penajaan terhadap orang yang belumanda kenali melainkan prospek itu ialah orang yangdikenali betul oleh downline anda. Anda harus menelitikesungguhan prospek itu sebelum anda menawarkanstarter kit kepada mereka. Prospek yang berbakat danberkualiti dapat anda kenali melalui masa anda membuatpembentangan tentang peluang perniagaan ini. Lazimnya,mereka yang berbakat dan berkualiti ialah yangsentiasa menumpukan perhatian padapembentangan/demonstrasi yang anda lakukan dansentiasa pula mengemukakan soalan-soalan yang baik.

Satu jalan mudah untuk membuat penajaan adalah kepadaorang yang rapat dengan anda yang telah pun merasaikebaikan produk yang anda perkenalkan itu. Katakansecara lembut (slow-talk) kepada mereka bahawa jikamereka menjadi pengedar produk itu, mereka akanmendapat sekurang-kurangnya 2 faedah, iaitu merekadapat membeli produk itu mengikut harga pengedar(biasanya terdapat diskaun 25% bagi setiap produk)yang lebih menjimatkan dan mereka akan mendapatperniagaan sendiri untuk meraih pendapatan sampingansetiap bulan. Jika syarikat MLM memperuntukkan pengumpulan kopun,mereka akan mendapat peluang untuk memiliki baranganlain yang tidak terdapat dalam senarai produk syarikatsecara percuma apabila jumlah kopun yang dikumpul olehmereka mencukupi untuk melayakkan mereka menerima hadiah.

Seperti menjual (memperkenalkan) di atas tadi, merekajuga akan membuat penajaan kepada orang yang dikenalioleh mereka setelah mereka menjadi pengedar. Sayapercaya, daripada 10 orang yang menjadi pelanggan andaakan ada 4-5 orang yang benar-benar berminat untukmenjadi pengedar.

Ramai pengedar beranggapan bahawa servis tidak perlubahkan suatu perbuatan leceh. Pada anggapan mereka,pelanggan tidak memerlukan servis. Servis amat perludalam MLM kerana servis umpama iklan produk biasa yangbiasa ke udara di televisyen atau disiarkan di akhbar.Anda tidak boleh membuat iklan produk dalam televisyenatau akhbar kerana salah dari segi Akta JualanLangsung.Jadi, servislah pengganti iklan. Denganservis, anda telah menunjukkan kesungguhan andaterhadap perniagaan ini dan komitmen anda untukmembantu pelanggan anda. Jika anda tidak membuatservis, anda tidak akan mengetahui masalah yangdihadapi oleh pelanggan anda setelah menggunakanproduk itu. Jika produk itu mendatangkan masalahkepada pelanggan anda dan anda tidak membuat servis,anda akan dituduh tidak bertanggungjawabmenjual/memperkenalkan produk yang tidak berkualiti.Jika pula produk itu memberikan kebaikan kepadapelanggan anda dan anda tidak membuat servis, andatelah kehilangan peluang keemasan untuk memperkenalkanbarangan lain dalam senarai produk syarikat MLM anda.

Jika anda memberikan servis (susulan selepas membuatjualan), pelanggan anda akan berasa dihargai dan akanmencari anda untuk membeli produk yang sama pada masahadapan setelah produk itu habis digunakan. Jadi,servis bukan perbuatan yang leceh tetapi suatu kaedahuntuk menyemai perasaan saling mempercayai antara andadengan pelanggan anda.

Semua orang mempunyai masa yang sama – 24 jam, 4minggu sebulan, 12 bulan setahun, atau 365 harisetahun. Pengedar yang telah berjaya juga mempunyaimasa yang sama. Pengedar yang mengatakan bahawa merekatidak ada masa lapang sebenarnya membuat andaiansalah. Jika anda bekerja dengan kerajaan, anda adamasa lapang pada hujung minggu. Jika anda bekerja mengikut shif, akan ada masa lapang sebelum tiba masa bekerja.

Peliknya, pengedar yang berkata bahawa mereka tidakada masa lapang, masih ada masa menonton televisyenatau berjalan-jalan di bandar pada hujung minggu.Sebenarnya, mereka hanya memberikan alasan tidaklogik. Anda mesti keluar daripada zon keselesaansekarang ini agar anda dapat masuk ke dalam zonkeselesaan itu sampai bila-bila. Maksudnya, anda mestimengorbankan masa rehat/masa lapang anda untukbeberapa tempoh dengan membuat perniagaan MLM inisungguh-sungguh kerana apabila anda sudah berjayakelak, anda akan masuk semula ke dalam zon keselesaan ini.

Sebagai pengedar sambilan, anda hanya perlumemperuntukkan lebih kurang 1-2 jam yang berkualitiuntuk perniagaan ini, bukannya 12 jam! Yang palingbaik mencipta masa lapang adalah dengan membuat jadualkhusus perniagaan MLM ini. Binalah jadual secarasistematik. Jika anda memperuntukkan masa antara 1hingga 2 jam sehari untuk perniagaan ini, maka janganbazirkan masa itu dengan aktiviti yang tidakberfaedah.Bekerjalah dengan bijak, bukan bekerjadengan kuat.

Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini Ramai pengedar merungut. Macam mana hendak menjual danmenaja kerana sudah ramai pengedar dalam syarikat MLMini? Memang benar terlalu banyak pengedar dalamsesebuah syarikat MLM tetapi bukan semua pengedarberdaftar yang benar-benar serius melakukan perniagaanini. Hanya 5% sahaja yang bergiat aktif sementaraselebihnya telah “tidur”. Jika anda pengedar yangmasih aktif, ini peluang anda untuk mendapatkan jualandan tajaan yang sepatutnya menjadi jualan dan tajaanpengedar yang “tidur” itu.

Penduduk negara ini bertambah setiap hari dengankelahiran bayi. Ini bermakna pada setiap hari, andamempunyai pelanggan yang belum anda dekati. Inibermakna pada setiap hari, beribu-ribu orang pendudukMalaysia yang merayakan hari jadinya yang ke-18 yanglazimnya had umur layak menjadi pengedar. Inilah bakalprospek anda. Jika anda masih aktif, saya percaya,anda akan dapat membuat jualan produk baru syarikatMLM anda kerana kebanyakan syarikat MLM di negara initelah mengeluarkan barangan baru untuk memenuhikeperluan pelanggan.

Pelanggan pengedar yang “tidur” kini menantikedatangan anda. Jadi, anda tidak harus melepaskanpeluang itu. Ada pengedar yang nombor kehliannya (IDNumber) sekitar 6XXXXX telah pun mencapai hirarkitertinggi mengatasi pengedar lama yang nombor Idnyasekitar 4 hingga 5 angka. Saya berani memberikanjaminan bahawa jika anda tidak mendapat seorang punpelanggan setelah anda berusaha memperkenalkan produk anda kepada mereka, saya sendiri akan membeli produk anda.

Adalah amat mustahil tidak ada seorang pun yang mahumembeli produk anda setelah anda berusahamemperkenalkannya. Jangan jadikan suatu alasan “Sudahbanyak orang buat” sehingga anda tidak mahu menjalankan perniagaan ini.

Mampukah Saya Memimpin Downline Saya? Perkataan “memimpin” perlu anda tukar kepada”membantu”. Ada boleh membantu orang lain seperti andamembantu isteri di dapur, membantu anak-anakmenyelesaikan masalah kerja sekolah, membantu orangtua melintas jalan, dan sebagainya. Ingatlah, sebelumanda mampu membantu (memimpin), anda telah punterlebih dahulu dibantu (dipimpin) oleh upline anda.Tiru bagaimana upline anda membantu anda dahulu.Itulah cara mudah untuk membantu downline anda.

Dalam MLM ini, tiru-meniru kaedah adalah tidak salah.Dengan pengetahuan yang anda pelajari daripada uplineanda, anda gunakanlah untuk membantu downline anda.Seringlah menghubungi mereka dengan bertanyakan soalan: “Apa yang boleh saya bantu?”, “Di mana kita hendakpergi hari ini/esok?”, “Ada apa-apa masalahkah semasamembuat jualan/tajaan?”, dan pelbagai pertanyaan yangmenjurus kepada usaha untuk menghulurkan bantuan. Jikaanda masih kekurangan ilmu memimpin/membantu,hadirilah seminar, mesyuarat mingguan/bulanan, rally,konvensyen yang dianjurkan oleh syarikat, atau bacabuku-buku kepimpinan dalam perniagaan. Denganpenambahan ilmu itu, anda pasti akan menjadi pemimpinMLM yang berwibawa.

Maintain Bulanan Sangat Tinggi Terdapat syarikat MLM yang menetapkan jualan minimumbulanan yang agak tinggi untuk melayakkan pengedarmenerima bonus. Seperti yang dinyatakan di atas,maintain bulanan itu bukanlah suatu masalah jika andaberusaha untuk menjual produk anda kepada pelanggananda. 250 Point Value untuk anda layak menerima bonusbukanlah besar jika anda membuat jualan. Jika andamalas atau enggan membuat jualan, dengan syarikat MLMyang menawarkan maintain bulanan terendah pun, andamasih tidak akan layak untuk menerima bonus.

Saya sendiri telah menyaksikan beberapa orang pengedardalam sebuah syarikat MLM tempatan yang maintainnyahanya RM30 (sekarang RM50) bukan berasaskan pointvalue (PV), masih gagal memperoleh bonus kerana merekatidak melakukan jualan hatta untuk membeli baranganbagi kegunaan peribadi mereka.

Jadi, sama ada maintain bulanan syarikat itu tinggiatau rendah, ini bukanlah penghalang kepada anda untukterus menjalankan perniagaan ini.Mengapa pengedardalam sebuah syarikat MLM beribu pejabat di Amerikayang maintainnya sekitar 250PV (bersamaan lebih kurangRM400-500)masih dapat memperoleh bonus mereka padasetiap bulan? Jawapannya ialah mereka tetap melakukanjualan biar pun terdapat saingan.

Perniagaan MLM adalah perniagaan peribadi. Andaberniaga bukan untuk upline anda. Jika anda bekerjadengan bersungguh-sungguh, anda yang akan merasaihasilnya, bukannya upline anda. Mana-mana upline yangmenganggap bahawa setelah mereka menaja ramai pengedarbaru lalu mereka duduk goyang kaki, maka mereka akantersingkir. Terdapat syarikat jualan langsung diMalaysia yang pelan pemasarannya membenarkan downline”memotong” upline yang tidak berusaha sungguh-sungguh.

Jika upline anda menerima bonus yang lumayan danmereka masih berusaha sungguh-sungguh, maka itu adalahadil kerana mereka mendapat hasil daripada kesungguhanmereka. Saya telah menyaksikan beberapa orang usahawanMLM yang menerima bonus dalam lingkungan RM3,000hingga RM5,000 sebulan telah kehilangan nikmat itusetelah mereka sambil lewa melakukan perniagaan ini.Sebaliknya, downline mereka pula yang menerima bonusdalam jumlah sebegitu. Inilah keistimewaan MLM. Andabukan bekerja untuk memperkaya upline anda. MLM yangasli bukan Skim Cepat Kaya atau Skim Piramid/BinaryScheme yang bertopengkan MLM. Dalam MLM Skim Binariatau Piramid, upline boleh duduk goyang kaki sedangkandownlinenya bertungkus-lumus bekerja. Hanya Piramid DiMesir Kukuh Berdiri Piramid Di Malaysia Semuanya Roboh!

Dalam sesi seminar, konvensyen, rally, dan mesyuaratmingguan atau bulanan, penceramah syarikat seringberkata bahawa usahawan boleh menjadi kaya dalamperniagaan ini – menjadi jutawan! Ramai pengedar yangsangsi dengan kata-kata penceramah ini. Benarkah bolehmenjadi jutawan dalam perniagaan ini? Kedengarannyaagak mustahil. Ya, kata-kata ini memang agak mustahiltetapi ini tidak bererti ia tidak boleh menjadikenyataan. Dalam agama pun, dikatakan bahawa 9bahagian daripada 10 bahagian rezeki terdapat dalambidang perniagaan. Ini bermakna bahawa 90% kekayaandapat digali dalam perniagaan. Jika anda pengedar yangmahu bergelar usahawan jutawan, anda perlu percayabahawa anda boleh menjadi jutawan dalam perniagaan initetapi bukanlah dalam sekelip mata.

Menjadi jutawan dalam jualan langsung samalah denganmembina bangunan. Asas/tapak perlu dibina sebelum andamembangunkan dinding konkrit.Setelah tingkat demitingkat dapat dibina, barulah anda bolehmemasang/membina mercunya. Membina sebuah bangunantidak dapat dilakukan dalam sehari dua, tetapiberbulan-bulan. Jika bangunan itu bangunan mercutanda, masa yang lama amat diperlukan.

Boleh atau tidak menjadi jutawan MLM adalah soalkedua. Persoalan asasnya ialah mahu buat atau tidakmahu buat. Anda sabar atau tidak dalam perniagaan ini.Bukanlah menjadi rahsia bahawa: Jika mahu menjadikaya, berniagalah!” Peniaga-peniaga yang menjadikaya-raya seperti Pengerusi Microsoft, Bill Gates”mencipta keperluan orang ramai”, bukannya “memenuhikeperluan orang ramai”. Orang ramai/pelanggan tidakmenyangka produk keluarannya akan dikeluarkan tetapibeliau mengeluarkannya kerana sedar bahawa produk itu kelak akan menjadi keperluan orang ramai pada masaakan datang.

Dalam MLM, senarai produk telah tersedia. Kegunaannyajuga telah diketahui. Misalnya, sabun cuci digunakanuntuk mencuci. Anda menjual sabun cuci. Ini berertianda hanya memenuhi keperluan pelanggan yang mahumenggunakan sabun cuci untuk membasuh pakaian. Untuklebihberjaya dan berlainan daripada pengedar yanglain, anda perlu “mencipta keperluan pelanggan”melalui sabun cuci. Misalnya, terdapat sabun cuci yang dirumus sedemikianrupa sehingga menjadi serba guna (multi-purpose).Selain dapat dijadikan sabun cuci, dapat puladijadikan baja tanaman atau membersihkan barangankemas daripada kekotoran daki. Pendek kata, anda mestikreatif. Anda mesti menjadikan sesuatu produk yanganda edarkan bukan sahaja dapat digunakan untukkegunaan biasa tetapi juga dapat digunakan untukkegunaan yang lain.

Jika anda berjaya, anda akan mendapati bahawa produktersebut menjadi best-sellers. TETAPI, janganmereka-reka faedah/kegunaan lain yang belum anda ujisepenuhnya kerana jika tidak benar, anda sendiri yangakan rugi. Anda boleh menjadi jutawan dengan memastikan produksyarikat anda dapat dijual secara banyak. Katakan,sekotak sabun cuci dijual pada harga pengedar RM13.00.Jika anda dapat menjual sebanyak 100,000 kotaksebulan, maka jualan anda berjumlah RM1,300,000.Untung runcit yang bakal anda terima ialah RM325,000bagi setiap jualan. Jumlah isi rumah di negara inibukan setakat 100,000 buah tetapi berjuta-juta. Jikahanya 10% daripada 22,000,000 orang di Malaysiamembeli sabun cuci anda, maka jualan anda ialah(RM13.00 X 2, 200, 000) = RM28,600,000. Tetapi, andatidak mungkin dapat menjual sebanyak 2, 200, 000 kotaksabun sebulan. Anda mesti mendapatkan bantuan. Caraterbaik adalah dengan menaja prospek yang berbakat danberkualiti, bukan sahaja di dalam daerah anda tetapijuga di luar daerah dan negeri anda.

Dengan bantuan downline anda, barulah anda akan dapatmelakukan jualan berjuta-juta kotak sabun sebulan keseluruh negara agar anda memperoleh bonus bulananratusan ribu ringgit sebulan. Anda perlu juga membuatjualan ulangan bagi produk yang sama dan membuatjualan susulan bagi produk yang lain. Inilah rahsiajutawan MLM.

Untuk mendapatkan belian ulangan daripada pelangga nanda, anda wajib membuat servis dan harus bijakmenghidu peluang untuk memperkenalkan produk lain/barukepada pelanggan anda itu. Jika sebelum ini, pelangganA hanya membeli sabun cuci anda, kini anda berpeluangmenambah senarai produk dalam menu belian pelanggananda itu. Perkara yang sama perlu anda hebahkan danajarkan kepada downline anda supaya mereka jugamencontoh cara anda berniaga. Jika semua downline andamempraktikkan khidmat servis anda itu, anda akanmendapati jualan bulanan kumpulan anda akan “boom”pada bulan itu dan bulan-bulan berikutnya. Ringkasnya,untuk menjadi usahawan berjaya dalam MLM sehinggamencapai taraf jutawan, anda perlu menjadi sepertiayah yang mempunyai sikap dan sifat yang baik danmengajarkan serta menyerapkan sikap dan sifat itukepada anak-anak anda. Jangan menjadi seperti ketam yangmenyuruh anaknya berjalan lurus sedangkan ia sendirimasih berjalan bengkang-bengkok. Jika anda mahu downline anda melakukan 3 perkara tersebut, anda mestimelakukannya juga.

Jangan cakap tidak serupa bikin kerana kelak tembelanganda akan pecah juga. Jika ini terjadi, anda akankehilangan kredibiliti. Downline tidak akanmempercayai anda dan tindakan anda sendiri. Selain itu, anda mesti telah benar-benar memahamisemua produk dalam senarai produk syarikat MLM anda -harganya, faedahnya, masalah-masalah yang pernahdihadapi oleh pelanggan anda dan cara mengatasinya,cara menggunakan produk supaya lebih berkesan.Tujuannya adalah supaya anda tidak tergagap-gagap semasa cuba menerangkan kelebihan produk anda dansemasa anda disoal tentang produk itu. Banyak kes yang menunjukkan pengedar tidak dapat menjawab soalanpelanggan berkaitan dengan produk itu kerana kekurangan maklumat. Terdapat kes pengedar tersilapmemberikan maklumat tentang sesuatu produk. Jadi, andamesti “mencintai” produk anda. Sekiranya anda telahbenar-benar “mencintainya”, mudahlah anda menyelami”isi hatinya”. Mudah jugalah anda memperkenalkan produk itu kepada pelanggan anda tanpa sebarang kesilapan.

Anda perlu arif tentang pelan pemasaran syarikat.Dengan kefahaman yang menyeluruh, anda akan dapatmembina wawasan untuk diri anda -berapa lama jangkamasa yang anda perlukan untuk mencapai sesuatuhirarki, berapa banyak bonus bulanan yang ingin andahajati, berapa banyak prospek yang perlu anda taja.Ramai yang berkecimpung dalam jualan langsung tidakmemahami pelan pemasaran secara menyeluruh. Bagaimanamereka hendak membuat tajaan sedangkan untuk mengirabonus bulanan yang bakal diperoleh pun mereka tidakmampu? Inikan pula untuk menerangkan pelan pemasaranitu kepada prospek mereka. Pelan pemasaran ini umpamaseorang gadis yang ingin anda perkenalkan kepada ibubapa (pelanggan) anda. Jika anda tidak mengenali gadis(pelan pemasaran) itu secara menyeluruh – namanya,alamat kediamannya, ibu bapanya, dan sebagainya,jangan salahkan ibu bapa (pelanggan) anda jika merekaenggan menerimanya sebagai menantu (menjadi downline)anda. Ringkasnya, dengan pelan pemasaran, anda akandapat menetapkan matlamat perniagaan anda.

Dalam perniagaan yang prospek keuntungannya adalahbesar seperti perniagaan jualan langsung, seseorangpengedar mesti memiliki beberapa kualiti sebagaiseorang usahawan. Perniagaan MLM ialah perniagaan yangmelibatkan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam,tingkat sosial, kerenah, dan ego yang tersendiri. Jikaanda ingin berjaya, anda perlu menyukai orang ramai.Semua orang ingin dirinya dihargai. Dengan memandangorang ramai yang mungkin bakal pelanggan atau tajaananda sebagai orang tidak penting (nobody), anda telahpun kehilangan. Ini bererti anda tidak perlumeneruskan perniagaan MLM ini kerana tidak ada hasilnya.

Anda wajib sekali menyetujui kata-kata orang ramaimeskipun mereka hanyalah pekerja pemungut sampah.Customers always right! Jika pun anda perlumempertikaikan pendapat atau kata-kata mereka, biarlahdengan jalan yang paling lembut, bukan dengan caradestruktif – mematikan terus pendapat itu. Anda bolehmemilih kata-kata berdiplomasi seperti : “Betul kataEncik Zul, tetapi …”, “Saya bersetuju dengan EncikZul, tetapi …”.Ini bermakna anda perlu mengeyakanpendapat bakal pelanggan atau tajaan anda sebelum andamembetulkan fakta yang salah.

Dengan ini, bakal pelanggan/tajaan anda akan berasabahawa ia benar dalam perkara itu dan merasakandirinya dihargai. Ingatlah semua orang ingin menjadimanusia. Tidak ada orang yang ingin melihatkemanusiaannya ditidakkan oleh orang lain. Orang ramaiakan membeli produk anda atau bersetuju menjadidownline anda dengan melihat siapa anda. Dalam MLM, ungkapan “Jangan menilai kandungan bukudaripada kulitnya” adalah tidak benar. Orang ramaiakan menilai kandungan buku daripada kulitnya.Bagaimana pelanggan hendak membeli produk minyak wangianda sedangkan anda datang kepadanya dalam keadaanberbau peluh? Bagaimana pelanggan hendak membeli sabuncuci anda sedangkan semasa berhadapan dengan merekabaju anda comot/kotor? Anda hendak menjual shampuanti-kelemumur sedangkan pada bahu baju andabertaburan sisa kelemumur. Mahukah pelangganmempercayai produk edaran anda?

Dalam MLM, anda perlu “menjual” diri anda terlebihdahulu. Penampilan anda adalah “jualan pertama” andasebelum anda menjual produk anda.Katakan anda pergibertemu dengan bakal pelanggan anda dengan berbaju T,berseluar jeans, dan berselipar. Ada 2 gambaran yangakan terlintas pada fikiran mereka – “Mungkin dia inipenagih yang terdesak menjual barang untuk membelidadah” atau “Bagaimana dia hendak menjual barang(katakan: sabun cuci) sedangkan dia sendiri tidakterurus” Jika ini penampilan pertama anda, anda TIDAKakan dapat menjual apa-apa!

Lihatlah karakter seorang penjual profesional. Adaantara mereka, berbaju kemeja lengan panjang(kadang-kadang memakai kot), bertali leher,berseluarslack, memakai stokin, berkasut, berambut pendek yangdiminyak dan disikat rapi. Penampilan sebegini akanmemberikan sentuhan pertama pada produk yang inginanda tawarkan kepada pelanggan anda. Anda kenamenyesuaikan cara anda berpakaian. Jika andamenawarkan produk atau peluang perniagaan ini kepadagolongan profesional, anda berpakaianlah seperti yangdinyatakan itu. Jika anda ingin menemui golongan kelasrendah, tanggalkanlah tali leher anda. Jika tidak,mereka akan berasa rendah diri. Mereka akanberanggapan bahawa bidang ini hanya untuk orang kelasmenengah sahaja.

Penampilan kedua yang perlu ada pada diri anda ialahwajah yang segar sentiasa. Jika anda misalnya, menjualproduk vitamin atau makanan tambahan, tetapi wajahanda lesu, pelanggan tidak akan mempercayai anda.Demikian juga jika anda ingin membuat penajaan.Bagaimana prospek anda hendak percaya bahawaperniagaan ini adalah perniagaan sampingan yangdilakukan 1-2 jam sehari sedangkan anda dilihat olehmereka sebagai orang yang penat bekerja seperti baruselesai bekerja dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.Semuanya kerana wajah anda yang lesu tidak bermaya.Jadi, pastikan anda cukup tidur sebelum anda menemuipelanggan/prospek anda.

Berkunjung ke rumah pelanggan/prospek yang baru andakenali memerlukan anda memperkenalkan diri setelahanda membuat temu janji dengan mereka. Sekarang ini,terlalu banyak “penyamun tarbus”. Anda wajibmengembalikan ingatan pelanggan/prospek anda bahawaanda pernah membuat temu janji atau pernah berjumpadengannnya sebelum ini. Jangan terus memperkenalkanproduk anda.Praktikkan langkah pertama : Kenalimereka, tanyakan latar belakang, puji sekitaran rumahmereka, dan jadikan perkenalan yang mungkinberlangsung beberapa minit itu seperti anda telahkenal lama terhadap mereka. Tanya pendapat mereka samaada mereka pernah mendengar nama syarikat MLM andaatau produk keluaran syarikat MLM anda. Jika merekasudah mengenalinya, anda mulalah bertanyakan sama adamereka pernah menggunakan salah satu produk syarikatMLM itu. Jika belum, ini peluang anda. Jika merekapernah menggunakannya, perkenalkan produk lain.

Jika mereka mengatakan bahawa mereka menunggu pengedarlain daripada syarikat yang sama untuk memperkenalkanproduk yang anda tawarkan itu, katakan bahawa andahanya membantu pengedar itu memperkenalkan produksyarikat. Terpulanglah kepada mereka sama ada untukmembeli produk itu daripada pengedar tersebut ataudaripada anda. Jika mereka bersetuju, inilah peluanganda untuk menunjukkan bahawa anda lebih baik daripadapengedar yang lain. Jangan sekali-kali berhujah bahawa pengedar yang lain itu tidak bertanggungjawab.

Katakanlah bahawa daripada sesiapa pun pelanggan ituhendak membeli produk itu tidak penting. Yang pentingproduk syarikat itu haruslah produk syarikat MLM anda.Inilah kaedah diplomasi yang akan memberikan keyakinanpelanggan bahawa anda berfikiran terbuka dan mulalahmereka tertarik pada anda. Tidak mustahil jika andamemberikan servis kepada mereka, mereka akan menjadipelanggan tetap dan mungkin akan menjadi tajaan anda.Semasa anda, memperkenalkan produk anda ataumenawarkan peluang perniagaan ini kepada prospek anda,ingatilah 5 HURUF – S.E.B.A.B.

Setiap kali, anda memperkenalkan produk, terangkankelebihan produk dengan perkataan SEBAB. Begitu jugajika ingin mereka menjadi downline anda, terangkandengan SEBAB mengapa mereka MESTI mendaftarkan diridan menjalankan perniagaan ini. Banyak pengedar yangmenawarkan produk dengan berkata : “Belilah satu.Barang ini bagus.” Tanpa menerangkan SEBAB barang itubagus. Tekan suara anda semasa menyebut perkataanSEBAB itu bagi menunjukkan bahawa anda serius danseolah-olah sebagai suatu janji/jaminan yang pelanggananda tidak akan rugi membelinya.

Begitu juga jika anda mahu menaja mereka. BerikanSEBAB mengapa mereka perlu berada dalam organisasianda. Setelah anda selesai menerangkan perihal produkanda atau menerangkan kelebihan perniagaan MLM ini,sekali lagi anda perlu bermain dengan perkataan SEBABini sebagai penutup penyampaian anda. Misalnya:”Adakah apa-apa SEBAB puan tidak bersetuju dengankelebihan produk ini?”, “Adakah apa-apa SEBAB mengapaEncik tidak perlu memiliki salah satu daripada produksyarikat saya?”, “Adakah apa-apa SEBAB puan rasaperniagaan ini tidak menguntungkan?”, atau “Adakahapa-apa SEBAB mengapa Encik tidak dapat mendaftarsebagai ahli syarikat saya?” Jika penerangan andasebelumnya telah lengkap dan jelas, maka TIDAK ADAAPA-APA SEBAB yang menggagalkan anda daripada menjualwalau satu pun produk kepadanya ataupun gagal mengujasemangat mereka untuk menjadi downline anda.

Namun demikian, terdapat pelanggan/prospek yangmenolak produk/peluang perniagaan yang anda tawarkan.Jika ini terjadi, anda jangan kecewa.Kajilah sebabpenolakan mereka. Ada yang akan memberikan alasanbelum ada duit, produk itu tidak sesuai dengan citarasa mereka, alasan “Tunggu Dulu”, berdiam diri denganharapan anda cepat-cepat beredar, alasan produk andatidak bermutu, dan sebagainya.

Perlu disedari bahawa terdapat bakal pelanggan/prospekyang telah membina tembok “Tidak Mahu”. Jika andabertemu dengan mereka ini, and jangan membuang masa.Bermohonlah dengan cara baik untuk pergi. Ucapkanterima kasih kerana mereka sudi melapangkan masamendengar penerangan anda. Beredarlah dengan tekadbahawa anda akan menemui mereka sekali lagi denganstrategi yang lain pula. Kajilah sebab-sebab merekabegitu kuat mengatakan tidak mahu. Ingat, dalam banyakkes, bakal pelanggan yang kerap mengatakan “TidakMahu” itu merupakan aset bernilai kepada anda. Mereka”Tidak Mahu” kerana banyak sebab – mungkin mereka mahumenguji kesabaran dan ketahanan anda, mereka telah punmendapatkan gambaran salah tentang imej jualanlangsung, mereka belum mengenali anda sepenuhnya, danlain-lain. Anda perlu mencuba sekali lagi pada masaakan datang dengan strategi yang lain pula. Jika andaberhasil merobohkan tembok “Tidak Mahu” itu danmenukarkannya menjadi “Mahu”, maka mereka merupakanbakal tajaan yang akan komited dengan perniagaan ini.Jadi, jangan berputus asa dengan penolakan sebegini.

Anda mungkin pernah mendengar kalimat ini : Semuaorang adalah pemimpin. Anda adalah pemimpin diri andasendiri. Jika anda berkumpulan, anda menjadi kumpulananda. Dalam agama Islam, Rasulullah bersabda: Apabilaterdapat dua orang dalam perjalanan, maka wajiblahmereka melantik seorang sebagai ketua. Mahu atautidak, anda mesti memimpin. Pimpin downline andadengan mencontoh stail kepimpinan tokoh-tokoh jualanlangsung yang telah berjaya atau mengikut gayakepimpinan upline anda. Bukan semua orang dilahirkansebagai pemimpin tetapi ilmu kepemimpinan bolehdipelajari. Usah fikirkan bahawa anda tidak ada bakatmemimpin, maka anda tidak dapat memimpin. Anda perlubelajar memimpin. Pernahkah anda memimpin orang tuamelintasi jalan raya, atau menasihati seseorang supayajangan bertindak melulu, atau menasihati anak-anakanda supaya belajar rajin-rajin agar berjaya, ataumenasihati rakan anda supaya berhati-hati semasamemandu? Jika ya, bermakna anda sebenarnya boleh memimpin oranglain. Memimpin downline dalam MLM sama dengan memimpinorang lain dalam tindakan sehari-harian. Bak katausahawan MLM yang pernah saya temui : Memimpin adalahsemudah ABC.

Perniagaan MLM ini menghalalkan perbuatan tiru-meniru(mencontoh) sikap dan sifat pemimpin. Permulaan yangbaik kepada usahawan adalah meniru upline. Contohilahbagaimana upline anda telah berjaya menjadi pemimpindan memperoleh pendapatan yang agak baik. Anda berhak meniru sikap dan sifat sesiapa juga yangtelah berjaya dalam perniagaan ini. Anda boleh menirujadual bekerja orang lain yang telah berjaya. Andajuga boleh meniru bagaimana usahawan cemerlang berjayamenaja begitu banyak downline yang berkualiti. Andaboleh meniru apa-apa sahaja yang memberikan manfaatkepada anda mengikut jalan yang baik. Lakukanlah MLM (Mulakan Langkah MeN..) dengan 7M inisecara berperingkat-peringkat dan jangan terburu-buru.Lakukan secara konsistens.

Senaraikan nama-nama orang yang anda kenali bersertanombor telefon, dan alamat kediaman mereka. Hubungilahmereka dengan alasan untuk menziarahi mereka. Semasaberada di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilahterlebih dahulu. Jangan terus kepada matlamat andauntuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk andasetelah anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukupselesa dengan kedatangan anda dan bersedia untukmendengar penerangan anda.

Jualan yang baik dan menguntungkan adalah denganmenjemput mereka ke rumah anda. Anda mungkin bolehmengadakan jamuan/kenduri doa selamat. Setelah selesaiacara jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlahtujuan sebenar anda mengundang mereka. Dalam homeparty seperti ini, orang yang paling kedekutmengeluarkan wang untuk membeli barang pun akanmengeluarkan wang kerana berasa malu di hadapankhalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan bukupesanan jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.

Tanyakan soalan ini: “Berapa banyak Encik Saidonhendak?” sambil bersedia untuk mencatatkan pesananmereka. Jika produk yang ingin anda jual itu memerlukandemonstrasi, lakukan demonstrasi dengan tenang.Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dankeberkesanan barangan akan lebih mudah memberikankepercayaan pelanggan terhadap barangan itu. Jual diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjualproduk anda. Misalnya, jika anda menjual makanantambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memangsihat 100% dan tidak berpenyakit. Cipta suasana yangpelanggan memang sangat memerlukan produk anda itu.Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot olehcontengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yangdapat menghilangkan kesan contengan itu denganserta-merta. Tukar persepsi pelanggan anda agar membeli daripadaanda bagi produk yang sama yang ada di pasaraya.Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkanbahawa syampu anda adalah lebih baik daripada syampuyang berlegar di pasaran terbuka. Buat persediaan mengenai produk yang akan anda jualbagi mengelakkan anda tergagap semasa membuatpenyampaian penerangan produk.Selalulah membawa sampelproduk. Jangan menjual dengan katalog sahaja.Kewangian bedak jualan anda tidak akan dapat dihidumelalui katalog. Sentiasa yakin bahawa produk anda yang berharga hanyabeberapa ringgit itu akan terjual kerana kereta yangberharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahumembelinya.

Sentiasa bawa maklumat sokongan sepertitestimonial/surat akuan pelanggan yang berpuas hatiterhadap produk anda. Untuk mencari pelanggan, andaboleh membuat iklan dalam bentuk flyer (bukan suratlayang) atau poster. Flyer atau poster bersaiz A4 ituboleh anda masukkan ke dalam peti surat rumah dikawasan kediaman anda, diselitkan pada wiper kereta diruang letak kereta, atau anda memberikan komisyenkepada penjual surat khabar agar mereka menyisipkanflyer atau poster anda ke dalam surat khabar untukedaran hari itu. Jika mereka menghubungi anda,yakinlah bahawa mereka merupakan pelanggan yang memangberminat dengan produk anda. Buat iklan dalam surat khabar tanpa memaparkan namabarangan atau nama syarikat MLM anda tetapi memaparkanproduk yang menjadi keperluan pelanggan. Misalnya:INGIN MENJADI SIHAT SENTIASA? Sila hubungi : AhmadIdham, 010-8130519 Atau datang sendiri ke alamat :Blok 5, Lot 456, Jalan Merpati 3, Taman Merpati,Sandakan, Sabah. Ada usahawan yang saya lihat menyertai ekspoperdagangan untuk menjual produk jualan langsung. Adayang menyewa tapak jualan di pasar minggu untuk tujuanyang sama. Walaupun kaedahnya berbeza, tetapimatlamatnya sama dan sasaran jualan adalah besar. Buat jualan besar-besaran (big sales) pada musimtertentu. Misalnya, jika anda menjual produk jus, buatjualan besar-besaran ketika musim perayaan. Buatpenerangan/demo pada 4-5 barangan sahaja yang andapilih sendiri (pilih kategori produk yang best-seller)supaya pelanggan anda tidak terkeliru dan bingung jikaanda menerangkan semua jenis produk.

Ketika menjual, anda boleh juga menaja. Kebanyakanpengedar memperkenalkan produk, pelan pemasaran, dankelebihan berniaga secara jualan langsung. Jadi, andamelakukan 2 kerja pada sesuatu masa.Lazimnya, terdapat2 kategori pendengar, iaitu mereka yang tidak berminatberniaga dan mereka yang berminat berniaga.Bagikategori pertama, anda hanya boleh menjual produkanda, sementara bagi kategori kedua, anda menajamereka. Setiap pesanan produk, jangan masukkan kedalam senarai pesanan untuk anda, tetapi anda berikankepada pendengar yang serta-merta mahu menjadidownline anda. Ini adalah untuk memberi merekasemangat, iaitu sebaik-baik sahaja mereka mendaftarkandiri sebagai ahli/pengedar, mereka telah pun mempunyaipelanggan serta-merta. Anda mesti mahir dan berpengetahuan luas tentang pelanpemasaran syarikat MLM anda. Kalau mereka/prospekingin tahu akan berapa banyak wang yang bakaldiperoleh, anda mesti menerangkannya dengan pengiraanberpandukan pelan pemasaran. Mulakan dengan pengiraanamaun yang kecil dahulu, perlahan-lahan andamenerangkan jumlah wang yang bakal diperoleh merekaapabila mereka mencapai pangkat-pangkattertentu.Semasa menerangkan pengiraan bonus, mulakandengan langkah memberikan contoh jualan yang mudahdicapai. Jangan berkata : “Kalau anda dapat menjualRM500 sehari …” kerana walaupun ada orang yang dapatmenjual lebih daripada RM500 sehari, tetapi masihbanyak (terutamanya yang belum biasa berniaga) yangtidak dapat menjual produk dalam kuantiti itu.Mulakanlah dengan amaun jualan kecil : “Katakan andadapat menjual RM50.00 sehari …” kerana jualan denganamaun kecil mungkin hanya melibatkan 2-3 produksahaja.Tujuannya adalah supaya bakal pengedar tidakmerasakan bahawa jualan langsung ini kerjanya adalahsukar.

Sama seperti menjual, semasa anda berada di rumah ataubertemu dengan prospek, jangan terus bercerita tentangperniagaan ini. Anda bertanyalah tentang keluarganya.Anda ceritakan juga tentang keluarga anda. Misalnya:”Masih ada 4 orang anak saya yang bersekolah. 2 disekolah rendah, 2 lagi di sekolah menengah. Tambangbas sekolah untuk mereka sahaja RM60.00 sebulan. Bukukerja perlu dibeli. Ada sahaja buku yang mahudibeli.Rumah saya belum habus bayar. Satu bulan RM450.Kereta RM500 sebulan. Habis gaji saya sebulan untukperbelanjaan. Untuk disimpan pun tidak cukup. Nasibbaiklah saya ada buat perniagaan sampingan. Dapat jugasaya menyimpan …”. Mereka akan tertarik kerana andamembuat perniagaan sampingan untuk membolehkan andamenabung. Tentu mereka akan bertanya tentang apakahjenis perniagaan yang anda jalankan. Nah, mulakanlahniat anda untuk menaja mereka dengan memberitahukanjenis perniagaan, jumlah bonus yang telah anda terimaselama ini (paling baik anda memfotostat semuabaucer/cek bonus yang anda terima untuk ditunjukkankepada mereka), latar belakang syarikat, senaraipengedar yang telah berjaya, pelan pemasaran syarikat,dan jenis barangan yang tersenarai dalam menu produksyarikat. Setelah anda selesai memberikan penerangandan mereka berminat untuk menjadi downline anda, andajangan terburu-buru meminta mereka mengisi borangkeahlian. Anda MESTI MEMASTIKAN SAMA ADA MEREKA SERIUS BERNIAGA ATAU TIDAK.

Kemukakan beberapa soalan yang akan memberi andakepastian sama ada mereka akan menjadi rakan kongsiperniagaan anda yang berbakat dan berdaya maju atausebaliknya.

(a) Sanggupkah awak menunggu sehingga 3 bulan sambilberusaha, barulah anda melihat hasil perniagaan andaseperti bonus RM1,000 sebulan?
(b) Mampukah awak mendapatkan paling kurang 5 orangrakan/saudara-mara anda yang benar-benar berminatberniaga?
(c) Adakah awak rela mengorbankan RM200.00 sebagaimodal asas perniagaan ini termasuk membayar yurankeahlian?
(d) Sanggupkah awak mengorbankan masa selesa awakselama 2-3 jam sehari untuk perniagaan ini?
(e) Sanggupkah awak menerima tunjuk ajar biarpundaripada rakan kongsi kami yang paling muda?

Jika mereka memberikan jawapan positif terhadap semuasoalan itu, yakinlah bahawa mereka akan menjadidownline anda yang bakal menyerlah.

Anda boleh menaja di mana-mana sahaja. Di kedaikopi/restoran, di pusat membeli-belah, di jalan, dikaki lima, atau di mana-mana sahaja. Tetapi, andahanya boleh menerangkan perihal perniagaan ini secararingkas sahaja dan berakhir dengan anda meminta alamatrumah dan nombor telefon mereka. Jangan memberikanpenerangan panjang lebar di tempat-tempat beginikerana banyak gangguan yang boleh menyebabkan prospekanda tidak tenang dan akan memberikan jawapan berupapenolakan.

Seperti menjual, anda juga mesti bersedia dari segifizikal dan mental sebelum anda pergi ke rumah prospekanda. Anda harus telah bersedia dan menjangkakansoalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh mereka.Jawapan-jawapan pada soalan yang anda jangkakan ituharuslah positif yang menjurus pada akhirnya merekaberminat pada perniagaan ini. Bawalah sampel produk,testimonial tertentu, dan starter kit kosong. Andaboleh pergi berseorangan tetapi jika berpasanganadalah lebih baik. Bawalah isteri/suami anda, jikaada. Tujuannya adalah supaya terdapat 2 pengaruhan,iaitu anda mempengaruhi prospek sementara pasangananda mempengaruhi pasangan prospek. Dengan ini, andaakan mendapat downline pasangan ideal yangbersama-sama berminat dalam perniagaan ini. Ramaipengedar yang berjaya dalam perniagaan ini merupakanpasangan yang saling membantu.

Semasa menyampaikan penerangan, anda mesti MENEKANKANFAEDAH, FAEDAH, FAEDAH membeli produk dan menyertaiMLM. Padamasa ini, anda MESTI MENDAPATKAN JAWAPAN “YA”daripada prospek/prospek-prospek (jika menaja secaraberkumpulan) anda dengan mengemukakan soalan-soalanyang akan memberikan jawapan “Ya”. Misalnya: Mahukahanda mendapatkan pendapatan seperti anda bekerja 8 jamsehari sedangkan anda hanya bekerja selama 2 jamsahaja? Mahukah anda sendiri yang menentukan jumlahpendapatan yang akan anda peroleh? Mahukah anda bebasdaripada masalah kewangan selama-lamanya? Mahukah andamendapatkan keuntungan segera tanpa perlu menunggucukup bulan? Mahukah anda mempunyai wang yang lebihsupaya anda dapat melancong, membeli barangan idamananda selama ini? Mahukah anda menukarkan masa lapan ganda dengan wang?

Jawapan “Ya” berkali-kali tetapi logik akanmempengaruhi prospek anda berminat untuk berniaga.Andaboleh juga mengemukakan kenyataan yang akan membuatkanprospek berfikir mendalam dan akhirnya akan bersetujuuntuk menyertai anda dalam perniagaan ini. Misalnya:Harga barang semakin meningkat. Perbelanjaan sekolahanak-anak bertambah setiap hari. Bil-bil air, elektrikperlu dibayar setiap bulan. Tetapi, gaji tak naik-naikjuga. Cukup bulan, habis gaji. Simpanan tiada. Macammana kita dapat hidup begini selama-lamanya?Apa akanjadi kepada kita jika suatu hari nanti kita tidakmampu bekerja? Tidak ada insurans. Tidak adapendapatan sampingan. Apa akan jadi pada anak-anakkita? Sekolah mesti diteruskan tetapi di mana kita nakcari wang? Sekarang ini, kerajaan melaung-laungkanteknologi maklumat.Kita hanya mampu mendengar saja.Hendak beli komputer pun kita tak mampu. Nak belikomputer cara ansuran, kita akan tambah hutang pula. Hai, kalau begini buta ITlah anak-anak kita. Orangasing yang baru datang ke negara kita semalam telahkaya-raya. Mereka datang bukan saja bekerja buruhkontrak. Ada antara mereka berniaga. Orang India danPakistan jual kain. Kelmarin, mereka jalan kaki. Esokmereka tunggang motorsikal. Lusa, mereka pakai kereta.Tapi kita? Kita hanya mampu berangan-angan untuk kaya.Ambil nombor dengan harapan mengena. Orang asing ligatberniaga. Mereka kaya. Kita masih bergelut denganmasalah kewangan. Nampaknya, kita akan merempatlah dibumi sendiri.

Kenyataan-kenyataan ini akan menyebabkan prospek andaberfikir untuk mengubah masa depan mereka.

Jika anda mempunyai lebih daripada sebuah kumpulan,galakkan ketua kumpulan anda itu mengadakan mesyuaratmingguan mereka masing-masing. Anda harus hadirsebagai penceramah dan pembimbing yang akanmenunjukkan cara berkesan melakukan perniagaan ini.Jika anda mempunyai downline baru, anda harus ikutdownline anda dalam aktiviti menjual dan menajasehingga mereka mampu berdikari. Pada setiap bulan, anda harus mengumpulkan semuadownline anda dalam mesyuarat bulanan. Agendamesyuarat harus berkisar pada strategi menawanpasaran. Anda juga boleh menjemput penceramah jemputandaripada upline anda yang telah berjaya untukmenaikkan semangat downline anda. Apabila anda telahmempunyai kumpulan yang besar, kekerapan menjual andaperlu anda turunkan dan gantikannya dengan kekerapanmemimpin dan mengurus. Mengurus kumpulan sama denganmengurus anak-anak. Mereka tidak boleh dimarahi,dipaksa melakukan, dihina, dan sebagainya. Merekaharus dibelai. Pujian perlu dibuat apabila merekaberjaya melakukan jualan atau penajaan. Anda mestimendengar pendapat mereka biarpun mungkin anda tidakbersetuju.

Ringkasnya, hati mereka jangan dilukai sedikit pun.Kalau terluka, mereka akan mengambil tindakan sama adaenggan melakukannya lagi atau bertukar kepada syarikatMLM lain/upline lain dengan mematikan keahlian merekadi bawah organisasi mereka. Sebagai ketua organisasi, anda harus mengenalidownline anda paling kurang sampai ke generasi ke-4.Mintalah bantuan downline anda yang menjadi ketuakumpulan anda untuk memperkenalkan downline merekakepada anda. Tujuannya adalah supaya ikatan andadengan mereka walaupun hanya bertaraf “cicit” andatidak terputus. Ikatan yang kuat akan memperkuatorganisasi anda. Sebagai ketua kumpulan, anda MESTIPOSITIF walaupun downline anda telah mulai negatif.Jika mereka melihat anda masih tetap bersemangat,mereka akan bersemangat kembali.

Anda perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaanjualan langsung ini hampir sama dengan gambaranpiramid terbalik dan menegak.Piramid menegak mewakilikerja anda sementara piramid terbalik mewakili hasilusaha anda. Apabila anda bermula (lihat dasar/tapakpiramid menegak), banyak masa yang terpaksa andakorbankan, tetapi hasilnya amat sedikit.Lama-kelamaan, dengan kesabaran, anda naik sedikitdemi sedikit. Apabila anda berada di atas/puncak,semakin sedikit kerja anda, tetapi hasul usaha andaadalah besar. Oleh itu, anda jangan terlalu excited untuk berjayadengan cepat. Jika anda terlalu excited, akhirnya andaakan kecewa dan terus enggan melakukan perniagaan ini.Anda perlu bersabar. Berusahalah perlahan-lahan.Tawakkal. Lambat-laun anda akan sampai ke puncak juga.

Berikut adalah beberapa rahsia kejayaanusahawan-usahawan MLM yang saya kutip.
a. Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Daricelah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.
b. Bekerjasama sesama ahli kumpulan. Lakukanperniagaan ini bersama dengan pasangan anda. Kerjaberdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. Berilahtunjuk ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri andaberapakah hasil yang akan saya dapati denganmenolongnya. Tanyalah, berapakah hasil yang akandownline saya peroleh kalau saya membantunya. Downlineanda berjaya, anda juga akan berjaya.
c. Sediakan strategi anda yang berbentuk sistem yangakan menjadi panduan dan amalan kumpulan anda.
d. Buat perancangan anda dan mestilah anda komiteddengan perancangan anda itu.
e. Jangan abaikan downline anda. Setiap permohonanbantuan daripada mereka walaupun generasi di bawahperlu anda penuhi.
f. Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Andatidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlahriwayat hidup anda. Dengan ini anda akanbermati-matian mempertahankan perniagaan ini.
g. Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan ideakreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.
h. Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telahberjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidakberasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.
i. Sentiasalah anda memberikan keyakinan kepadadownline anda bahawa mereka pasti, lambat atau cepat,mengecapi kejayaan.
j. Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniagakerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika andapuas, wang akan datang bergolek.
k. Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat caraini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat,anda akan berjaya.
l. Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapasahaja meskipun daripada downline sendiri. Walaupunanda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belumberjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
m. Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dariatas walaupun anda telah berjaya.
n. Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiahkepada diri anda apabila anda berjaya melakukansesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketikauntuk merehatkan otak anda.
o. Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mestimelakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada harianda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangatanda akan luntur.
p. Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yangzahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.
q. Cakap mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downlinemelakukan sesuatu tetapi anda buatlah dahulu sebelumdownline anda mencontohinya.
r. Sentiasa setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidakada dalam resipi kejayaan usahawan MLM. s. Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakanketegangan.
t. Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagaiibadah.
u. Jangan anggap perniagaan jualan langsung inisebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkanperniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.
v. Berikan kail kepada yang memerlukannya, janganberikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya,banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata keranawang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilahstarter-kit.
w. Jangan berasa rendah diri walaupun anda berhadapandengan taikun perniagaan. Jika pun mereka tidakberhasrat menjadi downline anda, mereka mungkinmenjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.
x. Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanyayang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung samaada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripadateknologi maklumat.

STRATEGI PEMASARAN

Posted in Info Maklumat at 11:19 am by sampanpecah

BAGAIMANA SISTEM INI BERFUNGSI?
Bisnes ini mudah sahaja. Anda cuma perlu membeli atau menjual 10 barang sahaja dan mencari rakan niaga seramai 3 atau 4 orang sahaja sekali dalam seumur hidup anda. Tidak seperti sistem-sietam MLM yang sebelum ini. Lagipun kita hanya perlu menjual maksimum 10 barang sahaja tidak seperti MLM yang terdahulu.

Sistem ini berfungsi pada dasarnya seperti kebanyakan sistem MLM yang terdahulu. Cuma strategi adalah sedikit berbeza. Level bermula dari bawah adalah seperti berikut;

LEVEL 1 – PENGEDAR (D1)
LEVEL 2 – PENGEDAR (D2)
LEVEL 3 – PENGEDAR (D3)
LEVEL 4 – PENGEDAR (D4)
LEVEL 5 – PENGEDAR (D5)
LEVEL 6 – PENGEDAR (D6)
LEVEL 7 – SALES MANAGER (SM)
LEVEL 8 – SENIOR SALES MANAGER (SSM)
LEVEL 9 – DIAMOND SALES MANAGER (DSM)
LEVEL 10 – DOUBLE DIAMOND MANAGER (DDM)
LEVEL 11 – CROWN DIAMOND MANAGER (CDM)

Apakah strategi pemasaran yang yang dikatakan berlainan dari MLM yang lain?

Setelah mencuba pelbagai jenis MLM, penaja-penaja MLM Hai-O Marketing telah mencipta satu startegi yang sungguh berkesan. Strategi ini dijamin memberi pulangan bagi setiap modal yang dikeluarkan dengan tempoh yang cepat. Bahkan ada yang hanya menyertai program ini mendapat keuntungan yang berlipat ganda tidak sampai 2 tahun menyertainya. Tapi bagaimana?

Strategi yang dimaksudkan ialah kita bermula terus pada level yang ke 7 iaitu SALES MANAGER (SM)! Dengan bermula dengan level tersebut kita terus mendapat taraf Sales Manager (SM) dan mendapat bonus minima sebanyak RM 4,600 sekaligus dapat mengelak dari berebut sesama sendiri atau pengedar untuk naik ke taraf manager ini seperti yang kita lakukan pada MLM yang terdahulu.

Berapa pula modal yang diperlukan untuk menyertainya?

Modal yang perlu adalah sebanyak RM 20,800. Banyak bukan? Tapi adakah berbaloi kita mengambil risiko dengan wang yang sebegini banyak dan bagaimana kalau kita tidak ada wang sebanyak itu sebagai modal?

Kebanyakan orang terpaksa mengambil pinjaman kewangan sebagai permulaan modal. Kebanyakannya pinjaman sebanyak RM 23,000 untuk tempoh 10 tahun adalah sebanyak RM 300 sebulan. Adakah kita dapat membayar atau menanggung pinjaman ini? Jangan risau, ada caranya. Terlebih dahulu kita melihat bonus untuk setiap level.

Kiraan bonus untuk setiap level

LEVEL 7 – SALES MANAGER (SM)

Bonus RM4,500 akan diberikan bersama 10 barangan untuk jualan atau kegunaan sendiri. Barangan jualan ini merupakan satu penapis air dan baju kecantikan wanita yang berteknologi tinggi yang berharga lebih RM2000 dipasaran (lihat bahagian Produk Jualan). Tahukah anda, dengan mendapat bonus RM4,500 anda telah berjaya membayar ansuran bulan pinjaman anda sebanyak 16 bulan!

LEVEL 8 – SENIOR SALES MANAGER (SSM)

Untuk mencapai level ini, anda hanya perlukan 2 orang downline sahaja. Bonus RM1,800 minimum akan diberikan. Anda akan dapat membayar ansuran bulanan pinjaman sebanyak 9 bulan! Sekarang total 25 bulan telah anda langsaikan untuk ansuran pinjaman anda.

LEVEL 9 – DIAMOND SALES MANAGER (DSM)

Untuk mencapai level ini, anda perlukan 4 downline dengan 2 downline anda masing-masing mempunyai 2 lagi downline. Bonus yang akan anda dapat ialah sebanyak RM6,500 minimum. Dengan RM6,500 anda dapat melangsaikan ansuran bulanan anda sebanyak 22 bulan. Sekarang total 47 bulan iaitu 4 tahun ansuran bulanan untuk pinjaman telah anda selesaikan dalam tempoh 6 bulan (tempoh purata yang diperlukan untuk capai ketahap ini) sahaja. Tahukah anda, anda akan mula mendapat pendapatan bulanan minima RM5000 sebulan jika anda mencapai tahap ini. Itu belum lagi dikira keuntungan jualan 10 barangan yang anda beli semasa mula mendaftar!

LEVEL 10 – DOUBLE DIAMOND MANAGER (DDM)

Pada peringkat level tertinggi ini, anda akan mula mendapat pulangan minima RM30,000 sebulan. Kebanyakan tempoh masa yang diambil untuk mencapai peringkat ini ialah dalam masa 1 setengah tahun.

LEVEL 11 – CROWN DIAMOND MANAGER (CDM)

Pada peringkat level tertinggi ini, anda akan mula mendapat pulangan minima RM50,000 sebulan. Kebanyakan tempoh masa yang diambil untuk mencapai peringkat ini ialah dalam masa 2 tahun. Tahukah anda, ada yang berjaya mencapai peringkat ini kurang dari 2 tahun?

Makluman secara ringkas diberikan pada jadual dibawah;

LANGKAH 1

APA YANG ANDA DAPAT?

1. Bonus WAJIB RM4,600.00 pada 15hb bulan berikutnya.
2. Pangkat-Sales Manager
3. Peluang melancong.

LANGKAH 2

APA YANG ANDA DAPAT?

1. Bonus SENYUM RM2,00.00 pada 15hb
2. Pangkat-Senior Sales Manager
3. Peluang melancong

LANGKAH 3
APA YANG ANDA DAPAT?

1. Bonus BESAR RM7,500.00 pada 15hb
2. Pangkat-Diamond Sales Manager
3. Jam Tangan bernilai lebih kurang RM700.00
4. Peluang melancong
5. Diraikan
6. Layak untuk Tabung kereta

BONUS-BONUS SAMPINGAN

Tahukah anda selain dari keuntungan yang diterangkan di atas, ahli juga boleh mendapat bonus-bonus sampingan. Tetapi saya tidak menerangankan dengan lebih terperinci disebabkan bonus yang diberikan seiringan dengan pencapaian level.

Ganjaran bonus adalah seperti di bawah;

1. Untung Runcit 10% ~ 20%

2. Bonus Prestasi 3% ~41%

3. Bonus Pembangunan SM 15%

4. Bonus Projek Wawasan 3%

5. Bonus Tabung Kereta 3%

6. Insentif Pelancongan

7. Malam Penganugerahan

IMPLIKASI KEWANGAN

Di bawah ini diberi jadual yang mudah untuk mengira implikasi kewangan untuk 3 bulan pertama. Kita andaikan gaji pokok anda sebanyak RM1300 sahaja.

Jadual di atas diandaikan jika anda berjaya mencapai 3 peringkat level dalam masa 3 bulan. Anda juga boleh menyelesaikan masalah anda untuk membayar ansuran bulanan pinjaman dengan menjual hanya 3 produk anda. Produk anda (contohnya Bio Aura) berharga RM2080 dijual dengan ansuran bulan RM100 sahaja untuk 3 pembeli. Jumlah pendapatan anda RM300 cukup untuk menampung ansuran bulanan anda.

July 13, 2009

Pendapatan boleh diwarisi?

Posted in Info Maklumat tagged , , , , , at 10:48 am by sampanpecah

INGINKAN PENDAPATAN SAMPINGAN YANG BERTERUSAN!!!

Nak jadi USAHAWAN, TANPA KELUAR MODAL SENDIRI? HERE’S THE WAY…..

Pernahkah anda terbayang ingin berhenti kerja disebabkan tidak tahan dengan stress kerja?

Setiap hari kerja semakin bertambah?

Bos yang cerewet?

Kerja yang berjauhan dengan isteri dan anak-anak?

Beban kerja yang banyak?

Sampai bila?

Macam mana dgn hidup kita lagi 20 tahun?

Hutang yg tidak selesai?

Anda juga ingin hidup yang senang?

Ataupun ingin menjadi bos?

Anda mahu mengubah hidup anda bukan?

Selalu sangat bertukar tempat kerja?

Mahukah anda menjadi seorang usahawan dengan membina empayar perniagaan yang mampu diwarisi oleh anak cucu.

Pernahkah anda berimpian untuk mengelilingi dunia atau melancong keseluruh dunia..?

Ini semua boleh diperolehi secara percuma melalui perniagaan ini Anda juga pernah berimpian untuk memiliki kereta mewah..?

Sudah Pasti..!!!

Ini semua adalah hasil daripada perniagaan ini Masih belum percaya dgn semua bukti di atas?

OK, anda percaya!!! tapi apakah hanya SAYA yang berhasil ? Tentu tidak!

kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula.

Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.

Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula.

Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula.

Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Orang yang tidak mempunyai keinginan, tidak dapat berjaya dalam hidup. Sia-sia sahaja hidup di dunia ini jika tidak mem-punyai keinginan. Untuk berjaya dalam kehidupan, anda bukan sahaja dikehendaki mempunyai keinginan. Malah, anda perlu menambah-kan perkataan ‘KUAT’ pada keinginan anda. Keinginan yang kuat, itulah kunci bagi mencapai kejayaan. Amat berbeza antara keinginan dan keinginan yang kuat.

Mempunyai keinginan sahaja menyebab-kan anda mengaku kalah apabila bertemu kegagalan, sekalipun tujuan anda adalah untuk menang. Sebaliknya keinginan yang kuat membuatkan anda terus mengejar impian walaupun anda menemui kegagalan demi kegagalan. Keinginan yang kuat inilah yang akan mendorong, menolak dan menghalang anda dari berputus asa malah ianya akan memaksa anda bagi meneruskan mengejar impian.

Tetapi tidak dinafikan ada juga yang telah gagal disebabkan oleh tiada usaha yang berterusan. Tetapi percayakah anda bilangannya amatlah sedikit. Jika berminat sila beritahu saya. Anda hanya perlu mendengar dahulu.

Keputusan adalah ditangan anda! Manalah tahu mungkin rezeki anda ada di sini. Bila lagi hendak bermula? Jgn hanya melihat kejayaan orang lain. Anda pun boleh berjaya! Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya. Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri anda untuk berjaya dalam hidup.

Anda sebenarnya adalah BOSS dan anda sepatutnya menentukan masa anda sendiri. Bukannya orang lain. Apa yang penting ialah kebebasan masa dan kewangan boleh dicapai melalui perniagaan ini.

Peluang Sekali Seumur Hidup Untuk Berjaya

June 28, 2009

Menaja Prospek sambil berkebun

Posted in Tip Kejayaan at 8:02 am by sampanpecah

Betul betul betul. Sambil saya berkebun kat rumah pun masih ada penajaan yang berlaku oleh rakan group 369. Inilah kelebihan yang berlaku jika kita mengamalkan sistem multilevel berperingkat. Hari ini kita membuat sebarang penajaan ..esok kita berehat. Tetapi semasa kita berehat itulah downline kita still membuat penajaan. Win win situation..aDA KETIKA kita perlu mempunyai masa rehat yang mencukupi .sesambil melihat tanaman dan sesambil memberii makan ikan keli / tilapia ..sesambil mendengar hiruk pikuk ayam kampung yang sedang membesar seronokk gak. Tambahan pula tanah 5 ekar yang saya ada perlu diberi perhatian. Tanaman cili sudah memberi hasil. Alah ..jual 15 hengget sekilo pun dah berebut orang ndak. Itu pun tidak mencukupi. Setakat hari ini cuma 5 kilo sehari dapat dikeluarkan. jagung yang ditanam sudah lama habis..itupun nak kena tanam balik tu. Ubi ? dah ada kat bara api tu. kejap lagi boleh makan. Sayuran..berlambak dah saya tanam..jadi, tak perlu lah beli kat pasar. Bahan asas lain sumer dah ditanam. Tanah sawit 10 ekar tu nak kena pagar..senang kan lembu dan kerbau tu nak diusha. karang lepas ke kebun orang lain susah gak jadinya. Cendawan..? saya baru buat bangsalnya..tapi yang pasti penduduk kat sini (rahsia) sudah mula menempah cendawan. Walhal hasilnya tak nampak pun lagi. Baru planning..tapi tempahan dah ada..ada kelebihan juga kita berbaik dengan penduduk setempat. Nak jual produk premium beautiful/Bio Aura hai o marketing (group 369 ) dah lama sold out. Jadi ..jual ajelah hasil kebun kat diorang. Planning ke depan masih ada lagi dalam kepala ni. Tunggu satu2 selesai. macam2 nak buat tapi yang penting dapat menjana pendapatan untuk penduduk setempat. Kalau produk yang dihasilkan berkualiti jadi banyaklah permintaan. Tambahan banyak projek boleh dihasilkan secara senang.. apa yang senang??? Saya bagi contoh..ikan keli yang dipelihara kalau dulu terpaksa kita membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membeli palet (makanan) dan diberi makan setiap hari tapi dengan adanya teknik terbaru kita tak perlu mengeluarkan duit yang banyak. Beri makan sekali dan tunggu sehingga ikan keli membesar. Nak tahu lebih lanjut ye.Begini citernya. Kita perlu menyediakan kolam keli samada dari simen/ batu bata ataupun menggunakan kanves. Kemudian kanves itu dineutralkan agar tiada bahan kimia. Untuk meneutralkan kanvas bahan diperlukan adalah seperti berikut. Cuka makan batang pisang semua bahan tadi dibiarkan dalam rendaman air yang setinggi kepala lutut orang dewasa. Setelah itu bersihkan , keluarkan semua bahan tadi.. Penyediaan Kolam Masukkan pasir + air sedalam 1 1/2 kaki ..kemudiaan masukkan makanan BIO 1(1 bag untuk 2 ribu anak ikan keli) dan masukkan pokok kiambang air + kangkung air.. biarkan selama seminggu. Selepas itu masukkan anak ikan keli. Dan tunggu sehingga kutipan hasil selama lebih kurang.. emmm sampai besarlah… tak perlu dah kasi makan.. cukuplah B1 sekali jer bagi.. Kalau bab ayam lak..kena pakai jenis kacukan.. ayam kampung + Ayam perancis.. 3 bulan dah boleh sembelih… BIla dah malam lak…kebun tu tinggalkan kendian mulalah kita membuat penajaan hai o marketing -premium beautiful/bio Aura bersama group 369…hidup mesti mau simple…kan?

April 8, 2009

Buat loan tak usik gaji.

Posted in Tip Kejayaan tagged , , , , , , , at 7:13 pm by sampanpecah

    Hasil nukilan :En. Pokli kawan mase kat Akademik Infotech Mara

    Aku cakap yang ini bukan tak logik atau tipu, sebetulnya kalau dah buat loan memang kompem usik gaji tu tolak loan tiap-tiap bulan.

    Yang ni la kawan-kawan yang blok kepala otak dia tak nak bagi peluang diri untuk paham. Bukan kena bayar pun nak bagi paham…

    Mula-mula hang join niaga ni hang tak yah la buat apa pun lagi cek pertama hang lebih kurang RM4700.00 kompem dapat. Kalau hang tak dapat cek pertama ni aku bayar kat hang sepatut berapa hang dapat untuk cek pertama. Kompem punya nak takut apa, pasal aku pun dapat macam tu, upline aku pun dapat, upline pada upline pun ada yang dapat lebih dari RM4700.00 tak buat apa-apa pun lagi.

    Pendapatan pertama RM4700.00. Niaga apa bukak kedai blom jual barang dah dapat dulu pendapatan? RM4700.00 jangan dok joli dulu, duit ni hang bahagi dengan loan bulanan RM300 (contoh) buleh cover 15 bulan daaaaa…..

    Pastu hang bukan dapat pendapatan pertama RM4700.00 ja,

    Duit RM4700.00 dah ada siap cover loan hang 1 tahun 3 bulan, barang 10 ketul ada kalau jual semua dapat balik RM20,800 – RM21,+++ nak risau apa? Bukan skim pelaburan cepat kaya labur duit barang takda kantoi kalu tepuk kepala cukup bulan pening kepala baru padan muka….

    Barang bukan cikai punya, ada pengiktirafan SUPERBRAND dan lain lain brand tak caya tgk dan kaji la…

    Dalam tempoh gaji hang tak kena potong selama 1 tahun 3 bulan

    Kotmemot, Senheng, Singa dan sume kedai perabot tu hang ingat orang beli barang kat dia cash ka? Semua tu dok kaya maintain tak bankrup sampai laa ni pasal jual barang secara bayar ansuran la ada interest.

    Tapi

    Jual ansuran
    1) RM200 x 10 bulan
    2) RM100 x 20 bulan
    3) RM50 x 40 bulan

    Pengalaman aku paling murah orang nak amik RM100, RM50 pun ada tapi last-last bayar cash yg belen pasal tak tahan tgk muka aku dtg selalu dah la hensem, manis dan syahdu. Hang jual 3 barang RM100 = RM300 sebulan selama 20 bulan, cukup dah jgn jual lagi.

    Kata la kau amik 10 ketul Bio-Aura Hitech Water System (penapis air laaa). Harga seketul RM2080.00 x 10 ketul = RM20,800.00 pastu jual ansuran

    1) 10 barang x RM200 x 10 bulan = RM2000 / bulan
    2) 10 barang x RM100 x 20 bulan = RM1000 / bulan
    3) 10 barang x RM50 x 40 bulan = RM500 / bulan

    Kunun-kunun la sedara / kawan-kawan yang kesian kat kau amik
    RM200 /bulan = pendapatan sebulan RM2000…………………………. ada ke???
    Jgn kau mimpi laaaaa diorang pun nak pakai duit bebulan…. tukar cerita yang kompiden skit kata la RM50 / bulan = pendapatan sebulan RM500 selama 40 bulan.

    Maka selama 40 bulan la pendapatan kau RM500 dan selama 40 bulan tu jugak la gaji kau tak usik nak bayar loan RM300 sebulan tu pasal tukang bayar loan kau tu sedara / kawan yang amik barang tu leee…

    RM500 x 40 bulan = RM20,000.00 daaa… bersamaan modal kau beli 10 barang RM20,800.00 tauuu… tak sama? Mana? RM800? Pandai-pandai la kau nak kutip, kalau nak buat

    Jadi kira-kira matematiknya macam ni la, nak keluarkan 10 Bio Aura Hitech Water System tu tadi modal kau

    Haa sekarang aku nak tunjuk

    Pendapatan pertama RM4700.00 + jumlah barang kau dah jual RM20,000.00 = RM24,700.00

    RM24,700.00 – loan RM23,000.00 = RM1,700 belen.. Ni untung ke rugi?? Kalau kau kate rugi sekarang jugak kau datang jumpe aku. Aku nak bagi RM1,700 tu…

    Yaaaa tuan-tuan dan puan-puan, dah dengar cerita tadi kan? Mengarut ke tidak ke terpulang la, saya dah buat saya berani la nak eksyen cakap macam-macam… Sape yang minat nak tau dan tak pepaham buleh la kontek saya.. okeh!!!

    15 bulan = 1 tahun 3 bulan tak usik gaji hang…hang dapat lagi barang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas takda expired date 10 barang jumlah semua RM20,800 ke RM21,+++, barang ni dari dulu sampai la ni harga maintainnnn ja nyaris nak naik ada aritu masa harga minyak naik… makna kata kalau barang ni aku simpan lagi 3 tahun kalau minyak naik, harga barang ni pun naik aku bleh jual ikut harga market… ada untung daaa…jual la barang tu. Takkan dalam tempoh tu tak leh jual, hang kata hang tera? Dalam perniagaan Islam mesti ada jual beli bukan labur saja nanti rugi…. Aku pun leh jual dalam masa setahun habis semua barang aku. Tak buleh jual semua jual setakat nak cover loan ja, macam mana? Jual la secara ansurankita jual barang takda interest, macam mana harga macam tu jugak jual. Macam mana nak jual?Jual kat sedara mara dan kawan-kawan ja habis cerita. Bukak handphone tgk brapa banyak punya nama ada simpan calling-calling larr… Ajak la nak jumpa takkan diorang nak tolak, tapi hang lain la aku ajak pun hang tak nak asik nak sembang dalam ni jugak.. tapi takpa layan ja.Memula tadi loan dah cover 1 tahun 3 bulan dalam tempoh ni hang dah jual 3 barang caver 20 bulan. Haa nak apa lagi? Berapa tahun tak usik gaji? 2 tahun 9 bulan daaa… dah nak 2 tahun 9 bulan sok agak-agak nak tamat tempoh jual la lagi 3 barang cover lagi 20 bulan… Ini kira kerja pemalu ke pemalas ke apa ke tahap cipan tau.amal jariah sedekah kan aje la sorang RM80 tu… pendapatan dapat pahala pun kau dapatRM20,800.00.. kau ade ke huit hanyak tuh??? Aku pun takde Madun Bin Buyung CDM no 1 tu pun takde… Guna la kemudahan loan sbelum kau lunyai kelain yang berfaedah tapi mengecikkan gaji kau… kurang-kurangnya nak buat loan mesti dalam RM23,000.00. Pasal pe RM23,000.00? Kau tanya la bank tu nanti…magic kat kau macam mana BUAT LOAN TAK USIK GAJI.

April 4, 2009

Hai-O unjur perolehan lepasi RM400j

Posted in Berita Terkini at 11:54 am by sampanpecah

Oleh CYNTHIA YEOH

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Hai-O Enterprise Bhd. (Hai-O) mengunjurkan perolehan lebih RM400 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2009 disokong oleh sumbangan daripada segmen jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

 

Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Kai Hee berkata, unjuran itu berdasarkan kekuatan rangkaian pengedarnya yang kini 70,000 orang menerusi MLM dan pengenalan produk baru.

Menurutnya, sebanyak 20 peratus daripada jumlah pengedar adalah aktif dan secara purata menyumbang jualan kira-kira RM25 juta kepada kumpulan.
”Kami yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan bilangan pengedar yang semakin meningkat dan menjangka pertumbuhan sehingga 2,000 ahli baru sebulan.

”Ketika berdepan dengan kelembapan ekonomi, ramai bumiputera akan menceburi dalam jualan langsung berserta bantuan daripada kerajaan, kami yakin segmen MLM akan terus berkembang,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Kai Hee berkata, Hai-O akan memperkenalkan produk baru iaitu penjagaan kesihatan dan kosmetik kepada rangkaian produk yang sedia ada.
”Kira-kira 80 peratus pengedar terdiri daripada golongan wanita. Kami percaya produk baru itu bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada mereka,” katanya.

Ujarnya, pada masa yang sama, mereka akan terus mengukuhkan jenama produk yang menjadi kekuatannya iaitu pakaian dalam pembentukan badan berteknologi inframerah Premium Beautiful dan sistem penapisan air Bio Aura.
Katanya, kedua-dua produk tersebut merangkumi lebih separuh daripada jualan yang disumbangkan oleh segmen MLM.

”Kami berjaya menjual sekurang-kurangnya 70,000 unit Bio Aura generasi kedua dalam setahun, sejak pelancarannya pada awal 2007,” jelasnya.

Kedua-dua produk itu turut meraih anugerah Superbrands di bawah anak syarikatnya, Hai-O Marketing Sdn. Bhd. (Hai-O Marketing).

Menurut beliau, segmen MLM menyumbang 75 peratus kepada perolehan kumpulan.

”Pertumbuhan itu didorong oleh rangkaian produk berkualiti tinggi yang dijual pada harga berpatutan serta pengedar berkebolehan selain strategi pelan pemasaran agresif dan insentif pelancongan yang menarik ditawarkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan supaya lebih ramai bumiputera menyertai syarikat ini untuk meningkatkan potensi diri mereka dalam bidang keusahawanan dan merebut peluang meraihkan pendapatan menarik.

Pada Ogos 2007, Hai-O Marketing dianugerahkan Penghargaan Khas oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berikutan sumbangan beliau melahirkan usahawan bumiputera di negara ini.

Tambahnya, Hai-O akan mengembangkan operasi di luar negara bermula dengan Indonesia untuk menembusi pasaran Islam di negara itu kerana semua produknya ditanggung halal.

”Kami menjangka jualan akan meningkat apabila operasi di Indonesia bermula dalam beberapa bulan lagi, tahun ini,” ujarnya.

Kini, Hai-O Enterprise berada di kedudukan 10 teratas syarikat jualan langsung terbaik di negara ini.

Beliau berhasrat Hai-O akan menduduki tempat kedua dalam tempoh 10 tahun akan datang.

April 1, 2009

Azam Baru

Posted in Info Maklumat at 2:51 am by sampanpecah

Setiap tahun manusia akan memperbaharui azam mereka. Bukan sebab azam yang lepas dah tak boleh di pakai, tapi perubahan perlu berlaku untuk memperbaiki diri kita sendiri.

Maka pada tahun 2009 ini, keazaman telah dibuat oleh para usahawan-usahawan muda dari sistem 369 dengan memperkenalkan BUDAYA 369

Kebanyakan orang akan merasa susah apabila berjumpa dengan prospek. “ala hai-o ke…”, “taknak lah program tarik2 orang ni”,”kau buat la dulu, nanti ko da berjaya baru aku nak join” “kene cari orang la saya nak join je pastu duduk diam2 da dapt duit”….”, “Peh!!! banyak tu… ko gile ke ape…” ini adalah jawapan-jawapan yang biasa akan anda dengar apabila menyertai usahawan-usahawan untuk berjaya.

Dalam Budaya 369, satu struktur perancangan telah dibina. dari peringkat ingin menyertai, sehingga bagaimana mahu ‘pikat’ kawan-kawan untuk sama-sama berjaya. banyak ilmu yang anda boleh perolehi.

Setiap pekerjaan yang anda mahu lakukan saya pasti, ia pasti berjaya kalau dengan kesungguhan dan berterusan. Pasti akan menjadi berada. Tapi persoalannya bile? 10 tahun, 20 tahun 30 tahun… belum diukur dengan persaingan yang berlainan bangsa lagi…

Dengan menyertai program ini, anda dapat menjimatkan masa untuk mencapai impian anda. Bukan Skim cepat kaya, kerana tanpa usaha, Upline pun boleh dikalahkan oleh downline.

Semoga anda cepat bertindak dan betindaklah dengan bijaksana dan penuh perancangan.  Bersama-sama menjulang nama melayu

BAGI RAKAN-RAKAN YANG MENGINTAI PELUANG DI 369DEGREE INI:

Khususnya yang berada di Johor Bahru dan Negeri johor, amnya di seluruh negeri di tanah air, boleh lah menghubungi saya ditalian;

Abu Dzarr

No Tel : 0177781152

Email : studentlife@hotmail.com

Bersama kita maju, “KITA JUMPA DI PUNCAK KEJAYAAN”