April 12, 2010

Bagaimana untuk anda bermula???

Posted in Uncategorized at 12:04 pm by sampanpecah

Hai-o  adalah sebuah syarikat yang telah lama bertapak di Malaysia, sejak 1963 lagi syarikat ini telah berkembang pesat mengeluarkan ramai usahawan melayu bumiputera. Sebelum memulakan perniagaan selalunya org yang ingin berjaya dalam sesuatu perniagaan akan melihat cara dan skill bagaimana untuk menjalankan perniagaan. Walaupun kita lihat rakan sponsor kita boleh maju, kita tidak semestinya mengikut jejaknya semata2 melihat beliau maju dan kita boleh ikutinya tanpa kita tahu cara untuk melakukannya. Sebab itu ada dikalangan orang melayu yang ingin berjaya telah tertipu dan merasa ditipu oleh MLM semata-mata kerana mereka telah joint sesuatu bisness itu tanpa tahu macam mana yg ingin mereka lakukan dan disebabkan itu mereka gagal untuk mendapat ganjaran yang disediakan oleh syarikat…. Para usahawan sebelum memulakan perniagaan seharusnya tahu cara untuk menjalankan perniagaan. Strategi2 yang disusun oleh rakan kongsi kadang kala tidak sama /sesuai dengan persekitaran. Oleh itu para usahawan harus kreatif untuk tujuan itu.

MLM juga adalah satu perniagaan yang melahirkan usahawan-usahawan melayu yang boleh setanding dengan usahawan cina. Cuba bayangkan jika akta jualan langsung tidak diperkenalkan. Setiap orang yang ingin berniaga, perlu mempunyai kedai tersendiri dan memakan modal yang besar, dan sudah tentu peluang ini hanya dapat dirasai oleh kebanyakan bangsa asing. Inilah peluang bagi orang melayu untuk berkembang pesat membuka empayarnya sendiri. Jangan melihat rakan kongsi yang menaja kita diatas, tapi lihat kita sebagai ‘BOSS’, bagaimana kita hendak mengembangkan perniagaan kita. MLM ialah perniagaan yang tidak perlu mempunyai ‘syarikat sendiri’, tidak perlu mempunyai modal yang besar, hanya bermodalkan strategi dan kepercayaan, sentiasalah berkata benar insyaAllah, apabila anda percaya antara satu sama lain, anda akan dapat meluaskan empayar anda. Disini saya terangkan sedikit sebanyak bagaimana cara untuk kita menjana pendapatan berterusan.

Terdapat 2 cara hendak memulakan Perniagaan ini iaitu :

1. Menjadi Pengedar

2. Menjadi Usahawan
Menjadi Pengedar

Yuran keahlian ialah RM30 sahaja setahun. Modal adalah sendiri. Maksudnya anda hendaklah mengeluarkan modal sendiri. Tetapi jika ada pembeli yang terus memberi tunai produk Bio Aura atau produk lain anda bermakna anda tidak perlu pusingan modal. Ini terpulang kepada anda macam mana menguruskan perniagaan anda. Jika anda dapat menjual 10 Units Produk Bio Aura anda layak naik pangkat Sales Manager. Untuk mencapai pangkat tertinggi di dalam sistem pemasaran Hai-O anda mungkin memerlukan 5 tahun lebih. KENAPA lambat naik pangkat Crown Diamond Manager? SEBABNYA ialah cara ini ialah cara Tradisional di dalam Perniagaan Multi Level. Cara ini di panggil Fokus kepada menjual Produk dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Walaupun tempoh tersebut panjang tetapi jika anda mempunyai strategi dan sentiasa datang kelas bimbingan, seminar, business Talk, latihan dan sebagainya yang di ajurkan oleh Hai-O mungkin anda boleh naik Pangkat Crown Diamond Manager di dalam masa 2-3 tahun. Semuanya terpulang kepada anda macam mana anda menguruskan dan mengambil peluang yang ada. Tidak semestinya anda bermula daripada pengedar anda tidak layak dan tidak boleh mencapai pangkat tertinggi. Jika anda mahu berjaya kami sentiasa bersama anda untuk menjayakan anda. Sebabnya di dalam perniagaan ini kita bukan mencari orang semata-mata, kita lebih fokus kepada menjayakan rakan niaga. Sebab itu untuk menjadi Usahawan Berjaya di dalam Hai-O, 4 orang rakan niaga sahaja diperlukan pada permulaannya. Sebab 4 orang rakan niaga tadi sudah cukup untuk anda menjadi Crown Diamond Manager.

Untuk terus mendapatkan pendapatan yang lumayan anda hendaklah menaja orang baru menjadi ahli. Kita bukan sahaja membina kerjaya kita tapi kita membina satu empayar yang terdiri daripada usahawan-usahawan dermawan, insyaAllah.
Menjadi Usahawan

Yuran keahlian ialah RM30 sahaja setahun. Modal sama ada sendiri atau bantuan Modal. Maksudnya anda boleh mengeluarkan modal sendiri selepas memahami peluang di dalam perniagaan ini atau anda boleh mendapat bantuan modal. Bantuan Modal ialah daripada Panel-Panel bank tempatan dan Koperasi. Hai-O ada menjalinkan hubungan dengan panel-panel bank dan koperasi untuk membolehkan Usahwannya mendapat bantuan modal bagi memulakan perniagaan ini. Di dalam mana-mana perniagaan memang memerlukan modal cuma besar atau kecil modal tersebut terpulang kepada jenis pakej yang anda ambil di dalam Hai-O. Misalnya jika anda mengambil 10 units Penapis Air Bio aura pada bulan depan anda akan dapat RM4600. Ini ialah pendapatan pertama anda dapat daripada Hai-O, walaupun penapis Air Bio Aura tadi, anda tidak jual lagi kepada pelanggan. Seandainya jika anda jual kesemua 10 units penapis Air Bio Aura tadi anda akan dapat balik modal anda di dalam masa sebulan. Hai-O tiada paksaan sama ada anda jual penapis air tadi setiap seunit sebulan kesemua keuntungan daripada penapis air tadi adalah milik anda sebabnya 10 units penapis air itu adalah aset anda.

Tetapi macam mana hendak mendapatkan 10 units Penapis Air Bio Aura ini? Di sinilah bermulanya bantuan modal kepada Usahawan. Jika anda layak mendapat bantuan modal maka anda boleh terus membeli 10 units Penapis Air Bio Aura daripada Hai-O. Bebanan 10 units atau lebih Penapis Air Bio Aura ini adalah sekali seumur hidup. Maksudnya jika 10 units atau lebih Penapis Air Bio Aura ini habis di jual maka anda tidak perlu hendak mengambil sebanyak itu lagi. Jika anda hendak menambah lagi Penapis Air Bio Aura ini kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan itu terpulang kepada Usahawan. Sebab itu saya suka perniagaan ini kerana ia lebih mengutamakan pelanggan dan keselesaan pelanggan.

Bila anda mengambil Pakej Usahawan terdapat 2 SUMBER PENDAPATAN iaitu :

1. Penapis Air Bio Aura

Setelah 10 Units atau lebih Penapis Air Bio Aura ini habis di jual maka anda akan terus dapat balik modal perniagaan anda. Andainya jika pelanggan anda tidak mampu membayar secara tunai untuk seunit Penapis Air Bio Aura tersebut anda boleh menyuruh pelanggan anda membayar secara ansuran setiap bulan tanpa kadar faedah. Misalnya jika ansuran setiap bulan RM100 dan tempoh pembayaran selama 20 bulan maka selama 20 bulan iaitu setiap bulan anda akan dapat RM1000. Pendapatan ini juga sudah cukup untuk anda mambayar balik bantuan modal yang anda dapat tadi. Misalnya bantuan modal tadi anda harus membayar balik kepada bank atau koperasi iaitu RM250-Rm300 sebulan maka duit daripada jualan Penapis Air Bio Aura yang di bayar pelanggan tadi sudah cukup untuk anda membayar kepada bank atau koperasi. Malah selebihnya duit tersebut boleh di gunakan untuk keperluan lain.
2. Menaja Orang Baru

Melalui penajaan orang baru yang mengambil pakej Usahawan ini merupakan pendapatan yang berterusan. Komisyen yang anda dapat mengikut pangkat anda. Pendapatan daripada menaja orang baru ini, Hai-O akan mengeluarkan penyata pendapatan anda setiap bulan. Penajaan orang baru ini tidak semestinya secara terus daripada anda. Asalkan penajaan orang baru di dalam kumpulan anda, anda mungkin layak mendapat komisyen. Kelayakkan komisyen ini terpulang kepada syarat yang di kenakan oleh hai-O. Kekadang mungkin anda dapat komisyen kekadang mungkin tidak. Semuanya terpulang kepada Pangkat yang anda dapat pada masa tersebut. Jika anda menaja orang baru terus daripada anda barulah anda layak mendapat komisyen. Kelayakan yang saya maksudkan tadi jika orang baru tersebut masuk di bawah rakan niaga anda. Sebab itu sistem pemasaran Hai-O sangat adil dan berpatutan. Ia tidak mengamalkan sistem Piramid yang biasa di perkatakan.
Cara penajaan orang baru dengan pakej Usahawan ini di panggil Pakej Usahawan dan ini merupakan cara yang paling efisen di dalam sistem pemasaran Hai-O. Melalui cara ini anda boleh mencapai pangkat Crown Diamond Manager di dalam masa 1 tahun atau 2 tahun. Paling cepat ialah 4 bulan. Kenapa saya kata 4 Bulan. Sebabnya sudah ada Usahawan Hai-O membuktikannya. Beliau cuma seorang guru biasa dan telah berjaya menjadi Crown Diamond Manager dalam masa 4 Bulan. Seorang guru juga telah berjaya membuktikannya melalui Pakej Usahawan ini menjadi Crown Diamond Manager hanya mengambil masa 4 bulan setengah.

Untuk berjaya di dalam perniagaan ini semuanya terpulang kepada anda. Macam mana anda menguruskan dan mengambil peluang yang ada semuanya akan di bimbing dan akan di ajar. Anda tidak akan di biarkan memikul tanggungjawab seorang-sorang. Sebab konsep di dalam Hai-O ialah “Menjayakan Rakan Niaga” bukannya mencari orang. Jika anda mahu berjaya kami sentiasa bersama anda untuk menjayakan anda. Sebabnya di dalam perniagaan ini kita bukan mencari orang semata-mata, kita lebih fokus kepada menjayakan rakan niaga. Sebab itu untuk menjadi Usahawan Berjaya di dalam Hai-O, 4 orang rakan niaga sahaja diperlukan pada permulaannya. Sebab 4 orang rakan niaga tadi sudah cukup untuk anda menjadi Crown Diamond Manager.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: